Friday, 16 December 2016

Jus Zuriat Anugerah




RM 68.00
Jus Zuriat Anugerah Untuk Lelaki diadun menggunakan herba terpilih dan bermutu tinggi seperti Tongkat Ali Putih, Ubi Jaga, Senduduk dan Hempedu Bumi khusus untuk membantu mengatasi masalah kesuburan dan lemah tenaga dalaman di samping berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Produk ini turut didoakan dengan ayat-ayat Syifa’ sebagai satu ikhtiar untuk membantu anda mencapai hajat yang diimpikan.

KHASIAT JUS ZURIAT ANUGERAH UNTUK LELAKI

  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan
  • Memelihara kesihatan dalaman kaum lelaki
  • Membantu mengawal dan memperbaiki hormon testosteron di dalam tubuh badan
  • Merangsang tenaga dan keinginan seksual
  • Meningkatkan tahap ereksi dan sensitiviti
  • Membantu mengatasi masalah kesuburan
  • Meningkatkan penghasilan sperma
  • Mengatasi masalah angin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyingkirkan toksin
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengatasi masalah radang, ketegangan otot dan penyakit sendi
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Memelihara tahap kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

KANDUNGAN JUS ZURIAT ANUGERAH UNTUK LELAKI

Habbatus Sauda: Di samping merawat masalah kesihatan serta menjana tenaga dan kecergasan tubuh, Habbatus Sauda turut berupaya meningkatkan tenaga seksual di samping membantu mengatasi masalah kesuburan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
Za’faran: Bunga Za’faran mampu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, mengawal tekanan darah serta merangsang hormon testosteron sekaligus membantu mengatasi lemah tenaga dalaman.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu yang bersifat antioksidan ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada penyakit seperti gout, alahan mahupun masalah sendi.
Kurma: Kurma tinggi kandungan vitamin B6, potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung, mengatasi masalah lemah tenaga seksual, melancarkan proses pencernaan serta membantu meredakan tekanan. Malah, ia juga berkesan untuk menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman sekaligus membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
Ubi Jaga: Ubi jaga merupakan sejenis herba yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Di samping membantu meningkatkan tahap tenaga dan melancarkan peredaran darah, ubi jaga juga sering digunakan kerana keupayaannya untuk menjana tenaga dalaman dan keinginan seksual kaum lelaki. Ia juga dapat meningkatkan tahap ereksi dan sensitiviti seterusnya membantu para suami bertahan lebih lama ketika hubungan intim.
Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman di samping membantu mengatasi masalah lenguh dan angin dalam badan sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan anda.
Tongkat Ali Putih: Tongkat Ali Putih mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga seksual kaum lelaki selain menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat. Herba yang kaya dengan antioksidan ini juga mampu mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal, mencegah kerosakan sel, mengurangkan risiko kanser serta mengawal tahap tekanan darah.
Hempedu Bumi: Daun Hempedu Bumi bersifat antibakteria dan antivirus serta sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi membantu menurunkan tekanan darah tinggi selain merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti pencernaan yang tidak lawas, demam, kahak, kencing manis, radang di samping mempercepatkan pemulihan luka.
Halia: Selain dapat merawat masalah kesihatan yang dialami, halia juga mengandungi mangan yang bertindak meningkatkan penghasilan sperma serta membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi.
Aprikot: Buah aprikot kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga di samping berkesan untuk melancarkan proses penghadaman, memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah, menstabilkan tekanan darah serta menggalakkan fungsi buah pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.
Selada: Daun selada atau salad yang kaya dengan antioksidan ini mampu mengawal paras kolestrol, mengawal tekanan darah, menstabilkan struktur sel darah merah serta membantu mengatasi masalah radang.
Badam: Kekacang ini mampu melancarkan proses penghadaman, meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, menstabilkan struktur sel darah merah serta menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit.
Safed Musli: Safed Musli merupakan sejenis herba yang bukan sahaja mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, malah berkesan untuk merangsang tenaga dan keinginan seksual.
Garcinia Cambogia: Tumbuhan ini dapat membantu mengatasi masalah angin dalam badan, menurunkan paras kolestrol, mengawal paras gula di dalam darah serta mengurangkan masalah asid di dalam perut seterusnya membantu memelihara kesihatan usus.

CARA PENGGUNAAN JUS ZURIAT ANUGERAH UNTUK LELAKI

  1. Ambil 2 sudu besar setiap pagi dan malam.



Lazz Susu Kambing


Lazz Susu Kambing 



Sunday, 1 March 2015

Produk Terbaru : Terhangat Di Pasaran :

QU PUTEH KOSMETIK SET TRIAL



RM52.50
19 On Stock
Set Trial Kosmetik Qu Puteh dilengkapi dengan Whitening Treatment Soap, Whitening UV Block dan Whitening Pro 9 yang bertindak mencerahkan kulit wajah anda tanpa pengelupasan di samping membantu menyingkirkan kesan noda dan penuaan seterusnya menyerlahkan kejelitaan wajah anda.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
PM447
0.2005kg
Kandungan:
  • Whitening Treatment Soap
  • Whitening UV Block
  • Whitening Pro 9

KEBAIKAN SET TRIAL KOSMETIK QU PUTEH

  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah tanpa pengelupasan
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit wajah
  • Mengecilkan liang pori
  • Menyingkirkan kesan cela, sel kulit mati serta lebihan minyak
  • Menyingkirkan kesan noda, parut, jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus

KANDUNGAN SET TRIAL KOSMETIK QU PUTEH

Thanaka (Limonia Acidissima): Thanaka murapakan sejenis krim yang dihasilkan daripada kulit, kayu dan akar pokok thanaka (atau belingai) serta sering digunakan oleh wanita Myanmar sebagai ramuan dalam produk kosmetik.
Di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, thanaka juga mampu menyejukkan kulit dan bertindak sebagai antikulat untuk menentang serangan mikroorganisme yang boleh merosakkan kulit.
Ia juga bersifat antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan kesan jerawat dan mengekalkan kehalusan kulit.
Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit.
Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksidan dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.
Limau Nipis: Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan, mengurangkan minyak pada wajah, menghilangkan jerawat dan bintik hitam serta mengecilkan pori-pori, selain bertindak menghalus dan mencerahkan lagi kulit wajah.
Cara Penggunaan Set Trial Kosmetik Qu Puteh
Siang:
1. Cuci muka dengan Whitening Treatment Soap.
2. Setelah wajah dilap kering, sapu dan ratakan Whitening UV Block pada seluruh permukaan kulit.
Malam:
1. Cuci wajah dengan Whitening Treatment Soap
2. Biarkan muka dalam keadaan lembap.
3. Ambil sedikit Whitening Pro 9 dan ratakan pada seluruh kulit wajah anda.


CREST 3D WHITE WHITESTRIPS



RM160.50
Crest 3D White Whitestrips merupakan teknologi terkini yang diformulasi khusus untuk memutihkan gigi anda seawal 3 hari.
Kandungan: 40 keping
KG02
0.1505kg
Gigi yang kuning boleh berlaku akibat mengamalkan tabiat merokok, mengambil minuman yang berwarna seperti teh dan kopi mahupun tidak menggosok dan membersihkan gigi secara konsisten.
Oleh itu, anda disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping menggunakan Crest 3D White Whitestrips secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

KEBAIKAN CREST 3D WHITE WHITESTRIPS

  • Memutihkan gigi seawal 3 hari
  • Menjadikan senyuman anda lebih bersinar
  • Mudah untuk digunakan
  • Boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja
  • Anda masih boleh berbual dan meminum air sambil menggunakan produk ini
  • Tiada kesan sampingan
  • Hasilnya akan kekal sehingga 12 bulan

KANDUNGAN CREST 3D WHITE WHITESTRIPS

Polyvinylpyrrolidone (PVP): PVP merupakan sebatian polimer yang berfungsi sebagai bahan penstabil dan pengemulsi yang berperanan melarutkan ramuan di dalam sesebuah produk penjagaan diri seterusnya menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk tersebut.
PEG-8: Bahan ini berfungsi sebagai pengemulsi yang berperanan melarutkan ramuan di dalam produk ini bagi memastikan keberkesanannya.
Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyingkirkan kotoran pada celah gigi seterusnya meningkatkan kesegaran mulut anda.
Hidrogen Peroksida: yang terhasil daripada air dan oksigen ini berupaya membasmi kuman dan bakteria seterusnya membantu memelihara kesihatan dan kesegaran mulut anda dan gigi anda.
Acrylate Copolymer: Sebatian ini merupakan garam bagi polimer yang mengandungi asid acrylic mahupun asid methacrylic serta berperanan menggalakkan kelikatan isi kandungan produk ini.
Sodium Hidroksida: Sodium hidroksida adalah sebatian bukan organik yang turut dipanggil soda lye serta berperanan mengawal dan menstabilkan tahap pH atau keasidan kandungan produk ini.
Sodium Saccharin: Ramuan ini bertindak sebagai pemanis tiruan selain membantu menambah rasa yang menyegarkan bagi produk ini.

CARA PENGGUNAAN CREST 3D WHITE WHITESTRIPS

1. Tanggalkan pelekat Crest 3D White Whitestrips.
2. Lekatkan bahagian yang mempunyai gel pada permukaan gigi atas dan bawah.
3. Biarkan selama 30 minit dan tanggalkan.
4. Gunakan secara berterusan sekurang-kurangnya selama 14 hari.
5. Gigi anda akan tampil lebih putih seawal 3 hari.
6. Simpan di tempat yang dingin.

SINUS CURE & SKIN NUTRITION SYSTEM

remusan bagi ada resdung..


RM88.80
Sinus Cure & SKIN Nutrition System keluaran Wealthy Wellness diperkaya dengan rumusan vitamin C dan E bersama campuran madu, kolagen, madu dan kurma khusus untuk membantu anda merawat masalah resdung di samping menyerlahkan lagi keremajaan dan kejelitaan kulit anda.
Kandungan: 20 sachet
KH13
0.6405kg

KHASIAT SINUS CURE & SKIN NUTRITION SYSTEM

  • Membantu merawat masalah resdung
  • Memelihara kecantikan dan kesihatan wajah
  • Mencegah proses penuaan kulit
  • Memelihara kehalusan dan keremajaan kulit anda
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Menstabilkan paras kolestrol
  • Membantu merawat gastrik, migrain, angin dalam badan dan alahan
  • Meningkatkan kecergasan jasmani
  • Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

KANDUNGAN SINUS CURE & SKIN NUTRITION SYSTEM

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan anda.
Vitamin C: Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.
Kurma: Kurma bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan, malah ia kaya dengan antioksidan yang ternyata berkesan untuk mencegah kerosakan sel di samping membantu menentang penuaan kulit. Kurma juga berupaya menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan sel yang baru dan lebih sihat serta memelihara keanjalan dan kehalusan kulit. Ia turut kaya dengan vitamin B5 atau asid pantothenic yang berupaya memperbaiki kerosakan sel kulit akibat radikal bebas.
Purasweet: Purasweet adalah sejenis pengganti gula yang diperbuat daripada ekstrak tebu. Ia bukan sahaja menambah rasa manis dalam minuman tanpa meningkatkan kandungan kalori, malah berupaya mengekalkan tahap pH di dalam produk ini.
Asid Malic: Asid malik merupakan sejens sebatian organik yang terkandung di dalam buah epal yang berkesan untuk mencantikkan kulit. Di samping membantu merawat masalah jerawat, asid malic juga mampu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis-garis halus serta menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya meningkatkan keanjalan, kehalusan dan kelembapan kulit.
Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkirkan kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan tubuh badan. Ia menggalakkan fungsi organ dalaman dan membantu buah pinggang menyingkirkan toksin dari tubuh. Air juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, memelihara usus dan menyegarkan tubuh badan.

CARA PENGGUNAAN SINUS CURE & SKIN NUTRITION SYSTEM

1. Koyakkan sachet Sinus Cure & SKIN Nutrition System dan minum begitu sahaja.
2. Ambil ketika perut kosong sebelum sarapan pagi atau sebelum waktu tidur.
3. Simpan di tempat yang kering dan dingin untuk kesegaran yang berpanjangan.



Wednesday, 25 February 2015

Friday, 11 April 2014

"MAAF BLOG DAHULU TIADA LAGI"


TIADA LAGI BLOG : HERBALILICEKAP.BLOGSPOT.COM



JIKA SESIAPA TIDAK MENERIMA NO TRACKING BOLEH HUBUNGI KAMI SEMULA DI 012.266.3123

Monday, 25 February 2013