RM 68.00
Jus Zuriat Anugerah Untuk Lelaki diadun menggunakan herba terpilih dan bermutu tinggi seperti Tongkat Ali Putih, Ubi Jaga, Senduduk dan Hempedu Bumi khusus untuk membantu mengatasi masalah kesuburan dan lemah tenaga dalaman di samping berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Produk ini turut didoakan dengan ayat-ayat Syifa’ sebagai satu ikhtiar untuk membantu anda mencapai hajat yang diimpikan.
KHASIAT JUS ZURIAT ANUGERAH UNTUK LELAKI
- Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan
- Memelihara kesihatan dalaman kaum lelaki
- Membantu mengawal dan memperbaiki hormon testosteron di dalam tubuh badan
- Merangsang tenaga dan keinginan seksual
- Meningkatkan tahap ereksi dan sensitiviti
- Membantu mengatasi masalah kesuburan
- Meningkatkan penghasilan sperma
- Mengatasi masalah angin dalam badan
- Melancarkan peredaran darah
- Menyingkirkan toksin
- Mengawal tekanan darah
- Mengatasi masalah radang, ketegangan otot dan penyakit sendi
- Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
- Memelihara tahap kesihatan tubuh badan secara menyeluruh
KANDUNGAN JUS ZURIAT ANUGERAH UNTUK LELAKI
Habbatus Sauda: Di samping merawat masalah kesihatan serta menjana tenaga dan kecergasan tubuh, Habbatus Sauda turut berupaya meningkatkan tenaga seksual di samping membantu mengatasi masalah kesuburan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
Za’faran: Bunga Za’faran mampu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, mengawal tekanan darah serta merangsang hormon testosteron sekaligus membantu mengatasi lemah tenaga dalaman.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu yang bersifat antioksidan ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada penyakit seperti gout, alahan mahupun masalah sendi.
Kurma: Kurma tinggi kandungan vitamin B6, potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung, mengatasi masalah lemah tenaga seksual, melancarkan proses pencernaan serta membantu meredakan tekanan. Malah, ia juga berkesan untuk menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman sekaligus membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
Ubi Jaga: Ubi jaga merupakan sejenis herba yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Di samping membantu meningkatkan tahap tenaga dan melancarkan peredaran darah, ubi jaga juga sering digunakan kerana keupayaannya untuk menjana tenaga dalaman dan keinginan seksual kaum lelaki. Ia juga dapat meningkatkan tahap ereksi dan sensitiviti seterusnya membantu para suami bertahan lebih lama ketika hubungan intim.
Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman di samping membantu mengatasi masalah lenguh dan angin dalam badan sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan anda.
Tongkat Ali Putih: Tongkat Ali Putih mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga seksual kaum lelaki selain menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat. Herba yang kaya dengan antioksidan ini juga mampu mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal, mencegah kerosakan sel, mengurangkan risiko kanser serta mengawal tahap tekanan darah.
Hempedu Bumi: Daun Hempedu Bumi bersifat antibakteria dan antivirus serta sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi membantu menurunkan tekanan darah tinggi selain merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti pencernaan yang tidak lawas, demam, kahak, kencing manis, radang di samping mempercepatkan pemulihan luka.
Halia: Selain dapat merawat masalah kesihatan yang dialami, halia juga mengandungi mangan yang bertindak meningkatkan penghasilan sperma serta membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi.
Aprikot: Buah aprikot kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga di samping berkesan untuk melancarkan proses penghadaman, memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah, menstabilkan tekanan darah serta menggalakkan fungsi buah pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.
Selada: Daun selada atau salad yang kaya dengan antioksidan ini mampu mengawal paras kolestrol, mengawal tekanan darah, menstabilkan struktur sel darah merah serta membantu mengatasi masalah radang.
Badam: Kekacang ini mampu melancarkan proses penghadaman, meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, menstabilkan struktur sel darah merah serta menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit.
Safed Musli: Safed Musli merupakan sejenis herba yang bukan sahaja mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, malah berkesan untuk merangsang tenaga dan keinginan seksual.
Garcinia Cambogia: Tumbuhan ini dapat membantu mengatasi masalah angin dalam badan, menurunkan paras kolestrol, mengawal paras gula di dalam darah serta mengurangkan masalah asid di dalam perut seterusnya membantu memelihara kesihatan usus.
CARA PENGGUNAAN JUS ZURIAT ANUGERAH UNTUK LELAKI
- Ambil 2 sudu besar setiap pagi dan malam.