Produk Abqori Genius

ABQORI MINDA GENIUS


RM32.00
Abqori Minda Genius dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang terbukti keberkesannya bagi membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda agar mudah untuk menyerap ilmu yang dipelajari.
Kandungan: 100 biji
KM20
0.1255kg

KHASIAT ABQORI MINDA GENIUS

  • Membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori
  • Memudahkan penyerapan ilmu ke dalam minda
  • Membantu meningkatkan keyakinan diri
  • Membantu meredakan tekanan
  • Menggalakkan kecerdasan dan kecergasan minda
  • Membekalkan tenaga fizikal dan mental
 

KANDUNGAN ABQORI MINDA GENIUS

Susu Skim (Tanpa Lemak): Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Vitamin B2 dan Vitamin B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular. Di samping itu, Vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
Sukrosa: Sukrosa merupakan pemanis alternatif yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan ia mengandungi karbohidrat yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sistem saraf dan bahagian otak seterusnya menjana kecergasan dan kecerdasan minda.
Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang bagus untuk penyembuhan luka dan pertumbuhan semula sel dalam badan, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan daya tumpuan serta memori. Susu kambing juga membantu proses tumbesaran, mengukuhkan tulang dan gigi, mengawal tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
Kolostrum: Kolostrum merupakan susu yang dihasilkan sebelum mamalia seperti lembu mahupun manusia melahirkan anak. Ia kaya dengan protein dan Vitamin A serta mengandungi antibodi yang memelihara kanak-kanak daripada serangan penyakit, selain menggalakkan pertumbuhan dan sistem imunisasi.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
Omega 3: Omega 3 yang sering terkandung di dalam ikan dan tumbuh-tumbuhan ini berupaya membekalkan nutrisi bagi otak seterusnya membantu meningkatkan kecerdasan dan daya memori.
Pegaga (Gotu Kola): Daun yang berbentuk ginjal ini kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan serta meningkatkan kecerdasan serta daya tumpuan dan memori.
Biji Anggur: Selain tinggi kandungan antioksidan yang berupaya melindungi otak dan sistem saraf daripada serangan sebatian yang berbahaya, biji anggur juga mampu melancarkan peredaran darah ke semua bahagian dalaman tubuh termasuk bahagian otak seterusnya membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori.
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.

JUS ABQORI GENIUS



RM22.00
Jus Abqori Genius merupakan makanan tambahan yang bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan, malah berupaya menggalakkan keupayaan mental agar minda lebih cerdas dan aktif.
Jus Abqori Genius sesuai untuk seisi keluarga.
KM17
0.4005kg
Ia diperkaya dengan ramuan semulajadi yang bermutu tinggi seperti kurma, kismis, Habbatussauda, madu, Za’faran, delima, buah tin dan air Zam Zam yang sarat dengan khasiat untuk membantu membekalkan tenaga fizikal dan mental, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit di samping memelihara sistem saraf dan organ dalaman agar kesihatan anda sentiasa berada di tahap yang optima.

KHASIAT

  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Meningkatkan daya tumpuan dan memori
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membekalkan tenaga fizikal
  • Mengurangkan keletihan
  • Membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Membantu melancarkan pernafasan
  • Memelihara sistem saraf dan organ dalaman
  • Membantu mengatasi masalah kulit
  • Membantu mengatasi sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Menggalakkan pertumbuhan sel tubuh yang sihat
  • Mencegah daripada kerosakan sel tubuh
  • Mengurangkan tahap kolestrol
  • Mengawal selera makan

KANDUNGAN

Kurma: Kajian sains telah membuktikan kurma sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita. Kurma berfungsi membekalkan tenaga fizikal dan mental sekaligus membantu meningkatkan keupayaan mental seperti daya tumpuan dan memori. Ia juga kaya dengan serat dan potassium untuk menyeimbangkan kandungan air dalam badan, mencegah dari serangan kanser usus, membantu dalam pembinaan otot serta memelihara sistem saraf.
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya. Ia mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang, selain meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.
Habbatussauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini berasal dari selatan dan barat daya Asia serta sarat dengan khasiat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan manusia. Ia mengandungi Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya ingatan. Di samping itu, Habbatussauda yang mempunyai sifat antioksidan ini turut berupaya melancarkan peredaran darah, meningkatkan tahap stamina dan daya ketahanan tubuh untuk mencegah dari serangan penyakit, serta mengatasi masalah pernafasan.
Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu berupaya membekalkan tenaga untuk tubuh badan selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Madu juga mampu mencegah serangan jangkitan bakteria sekaligus membantu menggalakkan pemulihan luka dan mengatasi masalah kulit. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan mengekalkan kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata, memudarkan parut di samping meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, ia adalah sejenis bunga yang mempunyai banyak khasiat dan sering digunakan dalam bidang perubatan. Za’faran kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga adalah agen antioksida yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekalgius mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.
Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berperanan menentang radikal bebas di samping mencegah daripada kerosakan sel tubuh termasuklah bahagian jantung dan otak sekaligus menggalakkan fungsi otak dan membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat serta membekalkan tenaga fizikal.
Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah daripada serangan penyakit.
Air Zam-Zam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam-zam yang kaya dengan kandungan kalsium, magnesium dan fluorida juga membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.
 CARA PENGGUNAAN
  • Goncang botol sebelum minum
  • Mulakan dengan bismillah, istighfar dan 3 kali selawat
  • Bagi dewasa: ambil 1 hingga 2 sudu besar sebelum sarapan dan makan malam
  • Bagi kanak-kanak: ambil 1 sudu besar sebelum sarapan dan makan malam


No comments:

Post a Comment