KISMIS MINDA
RM8.00
Kismis tidak asing lagi dengan khasiatnya yang pelbagai – sama ada untuk kesihatan tubuh badan mahupun kecerdasan minda terutamanya untuk pelajar dan penghafal Al-Qur’an. Kismis Minda Al Wafi telah dibacakan ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an oleh Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus.
Kandungan : 250 gram
KU23
0.3605kg
0.3605kg
Kismis Minda Al Wafi telah dibacakan dengan ayat-ayat yang khusus dari Al-Quran Al Karim oleh Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus / Haji Alwi Kamus. Antara ayat-ayat yang dibacakan ialah dari surah Al-Fatihah, Taha (ayat 1-5), Ar-Rahman (1-4), As-Shahr, dan selawat ke atas Nabi.
KHASIAT
- Menguatkan daya ingatan
- Merawat penyakit lupa
- Mencerdaskan minda
- Memutuskan balgham
- Membersihkan hati
- Mencerahkan mata
KANDUNGAN
Kismis: Merupakan makanan Sunnah, kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya. Ia mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh termasuklah otak untuk menggalakkan keupayaan minda, sekaligus meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.
CARA PENGGUNAAN
- Dewasa: Ambil 7-11 biji setiap hari
- Kanak-kanak: Ambil 5-7 biji setiap hari
- Penghafal Qur’an: 21 biji sehari
- Ambil pada bila-bila masa
KOPI HABBATUS SAUDA BERMADU
RM16.00
Kopi Habbatus Sauda Bermadu Al Wafi merupakan minuman yang berkhasiat dan sesuai untuk seisi keluarga. Ia mengandungi ramuan semulajadi yang terpilih dan diadun dengan teliti seperti Habbatussauda dan madu yang tidak asing lagi khasiatnya untuk menambah kecergasan mental dan fizikal, sekaligus meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.
Kandungan : 20 sachet
KU22
0.5505kg
0.5505kg
KHASIAT
- Meningkatkan tenaga, kecergasan mental dan fizikal tubuh.
- Membantu memperlahankan proses penuaan.
- Mengatasi masalah lemak berlebihan dan kegemukan.
- Membantu melancarkan pengaliran darah.
- Mengimbangi metabolisma dalam tubuh, meningkatkan sistem tahap daya tahan tubuh.
KANDUNGAN
Nigella Sativa (Habbatus Sauda): Lebih dikenali dengan Habbatus Sauda, ia terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida.Kopi Arabica
Madu Lebah Asli: Merupakan makanan Sunnah, madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga. Ia mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan luka, di samping melembutkan kulit menyembuhkan luka, memudarkan parut, menambah tenaga dan menyihatkan tubuh badan.
Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai penggemar kopi yang alah pada bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba kopi.
Gula: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
CARA PENGGUNAAN
- Tuangkan satu sachet Kopi Habbatus Sauda Al-Wafi ke dalam 120 ml air panas
- Kacau dan hidangkan
MINUMAN HABBATUS SAUDA BERMADU
RM 9.50
Minuman Habbatus Sauda' Al-Wafi ini boleh menambahkan kecergasan mental dan fizikal. Ia tidak mengandungi kafein. InsyaAllah, ia dapat memulih, mencegah, dan mematikan penyakit yang sedia ada. Jadikan ia minuman harian anda.
KU22B
0.2805kg
0.2805kg
KHASIAT MINUMAN HABBATUS SAUDA BERMADU
- Menghasilkan kulit muka yang cerah.
- Membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi.
- Masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah.
- Mengurangkan kolesterol.
- Merawat batu karang dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment