QASEH GOLD ADINDA
RM72.00
Qaseh Gold Adinda merupakan campuran minuman botani dengan formulasi makanan Sunnah seperti kurma, buah tiin, zaitun, delima, Habbatus Sauda dan air Zam Zam yang padat dengan khasiat untuk tenaga dalaman dan luaran.
Kandungan: 500 ml
KU213
0.7205kg
0.7205kg
Qaseh Gold Adinda juga membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh, produk yang menitikberatkan konsep halalan toyyiban ini turut berupaya memberikan ketenangan kepada rohani anda. Ia sesuai diambil oleh kaum wanita berusia 13 tahun dan ke atas.
KHASIAT QASEH GOLD ADINDA
- Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
- Memelihara kesihatan luaran dan dalaman kaum wanita
- Melancarkan peredaran darah
- Melancarkan proses penghadaman
- Membantu menguatkan rahim
- Mengatasi masalah kitaran haid yang tidak stabil
- Mengatasi masalah kurang keinginan seksual
- Mengatasi penyakit sendi, kebas, selsema, batuk, tekanan, migrain, sembelit, serta insomnia
- Memelihara kecantikan dan kesihatan kulit
- Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit
- Menyingkirkan toksin
- Membantu merawat dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti lelah, buasir, gout, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung
- Memberikan ketenangan rohani
- Memelihara kesihatan yang berpanjangan secara menyeluruh
- Sesuai untuk ibu hamil, dalam pantang mahupun yang menyusukan bayi
KANDUNGAN QASEH GOLD ADINDA
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
Buah Tiin: Turut dipanggil buah Ara, buah yang berasal dari Timur Tengah ini kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6, vitamin B6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit serta menggalakkan fungsi otak agar dapat membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda anda.
Minyak Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengawal paras kolestrol seterusnya membantu memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, saluran darah dan darah selain membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, strok dan radang. Minyak zaitun juga tinggi kandungan antioksidan yang bertindak menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel.
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin, flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan penyakit jantung, diabetes atau kencing manis mahupun kanser. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit.
Gam Arab: Gam Arab atau Gam Manna diekstrak dari pokok Akasia serta kaya dengan kandungan serat dan kalsium yang berupaya melancarkan proses penghadaman, membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik.
Za'faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, mengawal tekanan darah serta menggalakkan tenaga dan keupayaan mental serta membantu meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas yang berpunca daripada toksin, sekaligus mencegah membantu anda proses penuaan dan kerosakan sel yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Air Zam-Zam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam Zam mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan fluorida yang lebih tinggi daripada air biasa yang mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.
Glukosa: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping membantu menstabilkan suhu tubuh.
Garam Bukit: Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman, serta membantu mengatasi masalah jerawat, parut dan kegatalan. Selain itu, garam bukit turut membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya meningkatkan kecantikan dan kecerahan kulit serta memelihara kesihatan tubuh badan.
Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini telah digunakan selama 5 abad di China untuk melancarkan peredaran darah, membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan di samping membantu menggalakkan fungsi dan keinginan seksual.
Sirih: Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang sebarang jangkitan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria serta merawat masalah jerawat, luka dan kegatalan pada kulit.
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
Pegaga: Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Di samping itu, pegaga turut mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya membantu mencegah serangan penyakit serta menggalakkan penurunan berat badan.
Markisa (Passiflora Edulis): Markisa atau buah susu kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Selain berperanan menyingkirkan toksin dan mengatasi masalah insomnia, buah markisa juga mampu membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga. Manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan sebatian yang menyerupai gula serta terhasil daripada proses penapaian gula organik bersama sejenis bakteria, Xanthomonas campestris. Selain bertindak sebagai bahan penstabil bagi produk makanan, gam Xanthan juga sering digunakan dalam pembuatan ubat bagi mengurangkan paras kolestrol dan gula dalam darah.
CARA PENGGUNAAN QASEH GOLD ADINDA
1. Mulakan dengan Bismillah dan doa.
2. Ambil 2-3 sudu besar sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.
3. Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka.
4. Jauhkan daripada pancaran cahaya matahari.
5. Habiskan produk ini dalam tempoh sebulan selepas dibuka.
QASEH GOLD KEKANDA
RM72.00
Qaseh Gold Kekanda membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh, produk yang menitikberatkan konsep halalan toyyiban ini turut berupaya memberikan ketenangan kepada rohani anda. Ia sesuai diambil oleh kaum lelaki berusia 13 tahun dan ke atas.
Kandungan: 500 ml
KHASIAT QASEH GOLD KEKANDA
- Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
- Memelihara kesihatan luaran dan dalaman kaum lelaki
- Melancarkan peredaran darah
- Melancarkan proses penghadaman
- Mengatasi masalah kurang keinginan seksual
- Mengatasi penyakit sendi, kebas, selsema, batuk, tekanan, migrain, sembelit, serta insomnia
- Memelihara kecantikan dan kesihatan kulit
- Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit
- Menyingkirkan toksin
- Membantu merawat dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti lelah, buasir, gout, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung
- Memberikan ketenangan rohani
- Memelihara kesihatan yang berpanjangan secara menyeluruh
KANDUNGAN QASEH GOLD KEKANDA
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
Buah Tiin: Turut dipanggil buah Ara, buah yang berasal dari Timur Tengah ini kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6, vitamin B6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit serta menggalakkan fungsi otak agar dapat membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda anda.
Minyak Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengawal paras kolestrol seterusnya membantu memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, saluran darah dan darah selain membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, strok dan radang. Minyak zaitun juga tinggi kandungan antioksidan yang bertindak menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel.
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin, flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan penyakit jantung, diabetes atau kencing manis mahupun kanser. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit. Buah delima turut bertindak sebagai anti-penuaan serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.
Gam Arab: Gam Arab atau Gam Manna diekstrak dari pokok Akasia serta kaya dengan kandungan serat dan kalsium yang berupaya melancarkan proses penghadaman, membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik.
Za'faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, mengawal tekanan darah serta menggalakkan tenaga dan keupayaan mental serta membantu meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas yang berpunca daripada toksin, sekaligus mencegah membantu anda proses penuaan dan kerosakan sel yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Air Zam-Zam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam Zam mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan fluorida yang lebih tinggi daripada air biasa yang mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.
Glukosa: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping membantu menstabilkan suhu tubuh.
Garam Bukit: Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman, serta membantu mengatasi masalah jerawat, parut dan kegatalan. Selain itu, garam bukit turut membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya meningkatkan kecantikan dan kecerahan kulit serta memelihara kesihatan tubuh badan.
Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini telah digunakan selama 5 abad di China untuk melancarkan peredaran darah, membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan di samping membantu menggalakkan fungsi dan keinginan seksual.
Sirih: Sirih mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia terutamanya wanita. Daun sirih bersifat antiseptik dan mampu menentang jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria di samping mempercepatkan pemulihan luka, merawat masalah jerawat dan kegatalan.
Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman, melancarkan proses pencernaan serta menentang proses penuaan.
Tribulus Terrestris: Herba ini berupaya meningkatkan kekuatan otot, mencegah jangkitan bakteria dan dan kulat, di samping mengatasi masalah berkaitan buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Di samping itu, ia turut dapat meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal.
Ashwagandha: Herba yang digelar ginseng India ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan mental, mengatasi masalah tidur serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu menentang serangan penyakit. Ashwagandha juga berupaya meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung, mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan seksual dan menjana penghasilan sperma yang berkualiti.
Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan sebatian yang menyerupai gula serta terhasil daripada proses penapaian gula organik bersama sejenis bakteria, Xanthomonas campestris. Selain bertindak sebagai bahan penstabil bagi produk makanan, gam Xanthan juga sering digunakan dalam pembuatan ubat bagi mengurangkan paras kolestrol dan gula dalam darah.
CARA PENGGUNAAN QASEH GOLD KEKANDA
1. Mulakan dengan Bismillah dan doa.
2. Ambil 2-3 sudu besar sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.
3. Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka.
4. Jauhkan daripada pancaran cahaya matahari.
5. Habiskan produk ini dalam tempoh sebulan selepas dibuka.
No comments:
Post a Comment