Produk Beauty Garden

JAMU RATU DARA





RM35.00

PRODUCT DESCRIPTION

Jamu Ratu Dara diadun dari herba tradisional seperti gajah beranak, kunyit, kacip Fatimah dan manjakani diformulasikan khusus untuk membantu melancarkan kitaran haid, merapatkan bahagian intim, mengecutkan rahim selepas bersalin, serta mengurangkan risiko kanser rahim dan payudara.
Sesuai untuk para isteri dan anak dara.

KHASIAT JAMU RATU DARA

  • Merapatkan dan mengetatkan bahagian intim wanita
  • Memulihkan tenaga
  • Merawat keputihan dengan berkesan
  • Melancarkan kitaran haid
  • Mengatasi sengugut
  • Membantu mengatasi sakit pinggang
  • Membuang angin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengecut dan menguatkan rahim selepas bersalin
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Melancarkan proses pencernaan
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan risiko serangan barah payudara dan rahim
  • Menyerlahkan keremajaan dan kejelitaan kulit wajah

KANDUNGAN JAMU RATU DARA

Gajah Beranak: Herba gajah beranak atau Goniothalamus Macrophyllus sering digunakan oleh masyarakat Malayu dalam perubatan tradisional bagi merawat demam dan menyegarkan tubuh badan di samping membantu memulihkan luka dan kedudukan rahim setelah bersalin, mencuci darah serta menstabilkan kitaran haid.
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan sel, menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah terbukti mampu mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan kitaran haid wanita, menyegarkan bahagian intim dan meningkatkan fungsi seksual wanita selain mencegah serangan penyakit.
Habbatussauda: Lebih dikenali dengan Habbatus Sauda, ia terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida.
Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.
Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
Kaki Gajah (Elephantopus Scaber): Herba yang turut dikenali sebagai Tutup Bumi ini bukan sahaja berupaya membantu melancarkan proses bersalin dan memulihkan kedudukan rahim setelah bersalin, malah turut berupaya mengatasi kitaran haid yang tidak stabil dan meredakan kesakitan ketika haid, mengatasi masalah kulit seperti eczema, melancarkan proses percernaan serta menentang jangkitan bakteria. Di samping itu, herba yang bertindak sebagai agen antiradang ini juga membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti anemia iaitu kekurangan darah merah dalam tubuh serta leucorrhea yang merupakan cecair kekuningan yang keluar dari faraj sekaligus membantu mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian tersebut.
Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

CARA PENGGUNAAN JAMU RATU DARA

  1. Bagi para isteri: Ambil 2 biji selepas sarapan dan makan malam untuk minggu pertama dan hanya 2 biji selepas makan malam untuk minggu seterusnya
  2. Bagi anak dara: Ambil 1 biji selepas sarapan dan makan malam untuk minggu pertama dan hanya 1 biji selepas makan malam untuk minggu seterusnya
  3. Hentikan pengambilan ketika haid
  4. Ulangi langkah di atas setelah tamat haid
  5. Jumlah maksima untuk sehari adalah 4 biji
  6. Amalkan meminum air kosong untuk kesan yang optima
  7. Tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi, ibu hamil dan yang menyusukan bayi

REVIEWS


RATU MIRIFICA PLUS BEAUTY GARDEN




RM 43.00

PRODUCT DESCRIPTION

Ratu Mirifica Plus adalah produk terbaru dari Beauty Garden Worldwide yang sedang hangat di pasaran dan menjadi sebutan para wanita. Kombinasi herba-herba terbaik di satukan di dalam kapsul yang menjadi suplemen herba lengkap khusus untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan. Ratu Mirifica Plus dapat membantu mengembalikan keremajaan wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.
Ratu Mirifica Plus di adun sempurna dengan gabungan herba yang terbaik dan di formulasikan begitu istimewa sekali untuk kaum wanita. Herba yang di gunakan adalah herba yang berkualiti tinggi dan di datangkan dalam kotak bewarna biru gelap dan di lingkari tulisan bewarna emas yang eksklusif.

KEBAIKAN RATU MIRIFICA PLUS

  • Mengencangkan otot-otot tubuh.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Melegakan kepenatan fizikal.
  • Melegakan sakir sendi dan otot-otot.
  • Melancarkan perjalanan haid dan melegakan keputihan.
  • Membuang angin.
  • Melancarkan pembuangan air kencing.
  • Menyihatkan rahim selepas melahirkan anak.

SOALAN LAZIM RATU MIRIFICA PLUS

S: Siapakah yang boleh mengambil Ratu Mirifica Plus?
J : Wanita yang telah melebihi umur  20 tahun, wanita yang mementingkan kecantikan kulit, kuku dan rambut, wanita mengalami simpton pra-menopos, sudah menopos, wanita yang mempunyai ketidak-stabilan hormon dan wanita yang mempunyai payudara dan punggung kecil, kendur dan leper.
S: Mengapa semasa mengambil Ratu Mirifica Plus (RMP) saya rasa berdenyut-denyut di bahagian payudara, punggung dan ari-ari?
J : Itu adalah normal dan merupakan tindak balas dari herba dalam Ratu Mirifica Plus (RMP) Segala tindak balas adalah bergantung kepada antibodi dan ketahanan badan masing-masing. Setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan hilang nanti. Bykkan minum air. Fikir positif untuk hasil positif.
S: Ibu menyusu boleh tak makan Ratu Mirifica Plus?
J: Tidak boleh. Boleh makan bila tempoh menyusu berakhir nanti
S : Siapakah yang DI LARANG mengambil Ratu Mirifica Plus?
J : Ibu menyusu, ibu mengandung, wanita sedang haid dan wanita yang mempunyai sejarah cyst dan kanser  DI LARANG makan Ratu Mirifica Plus. Wanita yang berumur kurang dari 20 tahun juga TIDAK DI BENARKAN mengambil Ratu Mirifica Plus kerana hormon belum berkembang sepenuhnya.
S: Jika saya mengambil pil perancang, bolehkan saya mengamalkan Ratu Mirifica Plus?
J : Boleh. Makan seperti biasa dan jarakkan maa pengambilan antara satu dengan lain sekurang-kurangnya 2-4 jam. Pil perancang selalunya makan malam sebelum tidur, anda boleh ambil Ratu Mirifica Plus di waktu lain.
S : Bolehkah makan Ratu Mirifica Plus semasa haid?
J : Tidak boleh. Semasa haid, haruslah hentikan pengambilan Ratu Mirifica Plus. Boleh sambung makan Ratu Mirifica Plus selepas habis period.
S: Bolehkah Ratu Mirifica Plus mengatasi masalah rambut saya yang gugur dan nampak tidak bermaya  serta masalah kuku saya nampak pucat dan senang rapuh ?
J: Boleh. Amalkan makan Ratu Mirifica Plus dengan konsisten untuk penghasilan rambut yang sihat  dan ia juga akan membantu menghasilkan kuku sihat, nanti kuku juga akan nampak merah dan tidak pucat lagi.
S: Semasa mengambil Ratu Mirifica Plus, bolehkah saya mengambil ubatan hospital / vitamin / suplimen dari produk lain?
J : Boleh tetapi perlu di jarakkan masa pengambilan antara satu dengan lain sekurang-kurangnya 2-4 jam antara satu dengan lain. Minum banyak air untuk hasil yang lebih baik. Tetapi jika produk lain itu juga mengandungi herba mirifica juga, anda hendaklah memilih mana-mana salah satu yang serasi dengan badan. Di sarankan, jangan makan kedua-duanya dalam masa yang sama.
S: Berapa lama kesan untuk payudara dan punggung akan di rasai?
J : Kesan dan tindak balas adalah berbeza-beza antara satu dgn lain dan ia bergantung pada badan masing-masing. Apa yang perlu, makan dengan konsisten untuk hasil yang positif dan dalam masa seawal 7 hari akan rasai perubahannya.
S: Adakah Ratu Mirifica Plus boleh  membantu masalah kulit kering, nampak bersisik dan berkedut?
J : Sudah tentu. Jika anda makan dengan konsisten, beri badan masa untuk serasi dan anda akan dapati kulit anda akan mula lembab. Bila tiada lagi kulit kering, kulit anda akan nampak lebih anjal, tegang dan gebu.
S : Saya mempunyai masalah dingin bersama suami dan kurangnya keinginan untuk melakukan hubungan intim, bolehkah Ratu Mirifica Plus membantu saya?
J: Herba yang terkandung di dalam Ratu Mirifica Plus ini akan membantu memulihkan masalah tersebut. Makan konsisten kerana Ratu Mirifica Plus ini akan membantu merapatkan vagina, membantu memulihkan masalah kekeringan di bahagian intim dan menambahkan keinginan bersama suami.
S : Saya memang telah mengamalkan Jamu Ratu Dara, boleh tak nak makan Ratu Mirifica Plus juga?
J: Boleh. Sangat di galakkan. Makan Jamu Ratu Dara 2 bj pagi dan Ratu Mirifica Plus 2 bj malam. Bykkan minum air utk kesan yg lebih baik. Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus adalah merupakan gandingan mantap wanita menghampiri kesempurnaan.

REVIEWS


No comments:

Post a Comment