Bayiku

BARUT BAYI ANUGERAH



RM22.00

Barut Bayi Anugerah direka khas bagi membantu menghangatkan tubuh bayi dan mencegah masalah perut kembung seterusnya memberikan keselesaan kepada si manja anda. Setiap set pembelian Barut Bayi Anugerah hadir dalam 2 helai barut yang mudah untuk digunakan.
Kandungan: 2 Helai
SB46
0.0855kg
Berbarut sudah diamalkan di kalangan masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Ia bukan sahaja berupaya mencegah masalah perut kembung yang boleh menjejaskan keselesaan si kecil anda, malah turut mampu melindungi tali pusat bayi yang masih belum tertanggal dengan sempurna daripada serangan serangga.
Barut Bayi Anugerah dihasilkan daripada kain kapas ternyata mampu memberikan keselesaan berpanjangan kepada si manja anda.
Kebaikan Barut Bayi Anugerah
  •          Mengatasi masalah kembung perut dan angin pasang
  •          Melindungi pusat bayi dari serangan serangga
  •          Memudahkan tali pusat tertanggal dengan cepat tanpa menyakitkan bayi
  •          Membantu menghangatkan tubuh bayi
  •          Memberi keselesaan pada bayi
Cara Penggunaan Barut Bayi Anugerah
  1.      Boleh diguna selepas hari kelahiran bayi.
  2.      Mandikan bayi dengan air suam-suam kuku terlebih dahulu.
  3.      Disyorkan untuk menyapu Minyak Telon Anugerah pada tubuh bayi sebelum memakaikan barut.
  4.      Hamparkan Barut Bayi Anugerah di bahagian depan tubuh si manja anda.
  5.      Ikatkan dua tali di belakang leher bayi dan dua lagi di belakang pinggangnya mengikut saiz dan tahap keselesaan bayi.

TUNGKU BAYI MILDIA



RM12.00
Tungku Bayi Mildia mengandungi ramuaan herba terpilih seperti lada hitam, jintan hitam, bawang putih serta lada putih khusus untuk meredakan masalah perut kembung dan angin dalam badan yang mengganggu keselesaan si manja anda. 
SB52
0.0855kg
Tungku Bayi Mildia dibungkus dengan kain flanel kapas, sejenis fabrik yang sering diperbuat daripada kapas, bulu kambing biri-biri mahupun serat sintetik. Ia bukan sahaja tahan lasak dan tidak mudah koyak, malah teksturnya yang lembut baik untuk kulit bayi.

KEBAIKAN TUNGKU BAYI MILDIA

  • Membantu mengatasi masalah perut kembung dan angin dalam badan
  • Menghangatkan tubuh bayi bagi mencegah batuk dan selsema
  • Merawat kesan lebam akibat terjatuh, gigitan serangga mahupun kesan suntikan
  • Meredakan kesan benjol
  • Mengatasi masalah pernafasan
  • Membantu melindungi si manja anda daripada jangkitan penyakit
  • Kaya dengan herba tradisional yang bermutu tinggi
  • Tahan lama serta bebas daripada jangkitan kuman yang boleh merosakkan produk

KANDUNGAN TUNGKU BAYI MILDIA

Lada Hitam: Sejak zaman turun-temurun lagi, lada hitam bukan sahaja digunakan sebagai rempah dalam masakan, malah turut bertindak sebagai penawar dalam rawatan tradisional. Selain melancarkan proses penghadaman, lada hitam juga berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, mencegah serta mengatasi masalah radang di samping membantu membantu mengawal tekanan darah dan jantung. Ia juga kaya dengan kandungan vitamin A dan C serta mangan bertindak sebagai agen antioksidan yang berperanan mencegah kerosakan sel seterusnya melindungi tubuh anda daripada serangan penyakit mahupun kanser.
Jintan Hitam:Herba yang turut dipanggil Habbatus Sauda ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
Bawang Putih Kering: Bawang Putih mempunyai kegunaan dalam bidang perubatan tradisional serta kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium dan protein yang mampu menghapuskan parasit, membantu melancarkan sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Lada Putih: Lada putih merupakan biji lada yang telah matang serta berupaya meredakan sebarang kesakitan pada bahagian perut seperti masalah perut kembung di samping membantu memelihara sistem perkumuhan.

CARA PENGGUNAAN TUNGKU BAYI MILDIA

  1. Tuam Tungku Bayi Mildia pada permukaan seterika yang panas sehingga ia suam-suam kuku.
  2. Kemudian, tekap tungku tersebut pada bahagian yang dikehendaki seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki dan belakang badan.
  3. Lakukan 5 hingga 10 kali tuam pada setiap bahagian.
  4. Amalkan 2 kali sehari setiap kali selepas mandi.
  5. Keringkan tungku sebelum disi.mpan semula ke dalam plastik.
  6. Disarankan untuk menjemur tungku selama 10 hingga 1 5minit di bawah cahaya matahari setiap minggu untuk tahan lebih lama.

MINYAK SELESA JAMU JELITA



RM8.00
Minyak Selesa keluaran Jamu Jelita dirumus dengan ramuan semulajadi berasaskan campuran minyak pati tumbuh-tumbuhan seperti kelapa sawit, buah pala, halia, lada hitam, cengkih dan serai wangi yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan. Ia sesuai untuk kegunaan bayi dan golongan dewasa terutama di kalangan ibu bersalin.
Kandungan: 15 ml
SB54
0.1305kg

KEBAIKAN MINYAK SELESA

  • Memelihara kelembutan dan kehalusan kulit
  • Mencegah proses penuaan
  • Mengurangkan kesan kedutan mahupun garis-garis halus
  • Mengurangkan kesan rekahan (stretchmark) bagi ibu bersalin
  • Mengatasi masalah radang serta kulit terbakar
  • Membantu mempercepatkan pemulihan luka
  • Mempunyai haruman yang menenangkan
  • Menyegarkan lagi tubuh badan anda
  • Diformulasi dengan 100% ramuan asli tradisional
  • Sesuai untuk kegunaan bayi serta golongan dewasa termasuk ibu bersalin

KANDUNGAN MINYAK SELESA

Minyak Kelapa Sawit: Minyak kelapa sawit kaya dengan toctrienol, sejenis vitamin E yang sering digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
Eucalyptus: Minyak eucalyptus atau kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
Buah Pala: Nutmeg atau buah pala berupaya mengekalkan kehalusan kulit, menyingkirkan sel kulit mati serta mengatasi masalah jerawat, parut dan bintik-bintik hitam.
Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam selain berupaya menyingkirkan toksin. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit.
Bawang Merah: Bawang merah tinggi kandungan flavonoid yang bersifat antioksidan bukan sahaja berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan penuaan dan mengurangkan serangan kanser, malah turut berfungsi sebagai agen antiradang
Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu menyahtoksin, mengatasi masalah jerawat, mengurangkan kesan parut, menaikkan seri wajah di samping berfungsi sebagai agen antioksida yang baik bagi melambatkan proses penuaan kulit.
Bawang Putih: Selain membantu melancarkan sistem pernafasan dan penghadaman, bawang putih juga dapat memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, mencegah jangkitan kuman dan masalah radang serta membantu mengatasi masalah jerawat dan bintik-bintik hitam. Di samping itu, bawang putih juga diyakini dapat mengurangkan kesan regangan kulit yang sering dialami oleh ibu bersalin.
Kayu Manis: Herba yang sering menjadi bahan masakan ini bukan saja berkhasiat untuk kesihatan organ dalaman, malah berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat selain berperanan melembutkan kulit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.
Inggu (Ferula Assa Foetida): Daun Inggu berupaya memulihkan demam, selsema, batuk, kekejangan otot, sakit dada, radang dan penyakit cacing.
Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
Jintan Hitam (Habbatus Sauda): Di samping memelihara kesihatan dalaman, Habbatussauda yang kaya dengan kandungan asid lemak seperti asid linolenic dan linoleic ini turut berupaya mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan kusam di samping membantu memperbaiki tekstur kulit, mengekalkan kehalusan kulit serta membantu menyerlahkan lagi keremajaan kulit.
Jadam (Aloe Vera): Jadam yang diproses daripada tumbuhan Aloe Vera berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini turut berupaya membasmi bakteria, mengurangkan radang dan kekejangan otot di samping membantu mengatasi penyakit kulit serta melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan kesakitan mahupun ketidakselesaan pada tubuh. Cengkih turut kaya dengan antioksidan dari sumber vitamin A dan C yang berperanan menyingkirkan toksin di samping membantu memelihara kehalusan dan kelembapan kulit.
Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan. Di samping itu, serai juga berupaya memelihara kelembapan kulit, mencegah proses penuaan kulit serta membantu mengatasi penghasilan kedutan serta masalah pigmentasi.
Pandan: Selain mempunyai aroma yang harum dan mampu meredakan tekanan, daun pandan juga berupaya melegakan sakit kepala dan dada serta membantu mengatasi masalah kulit, demam, kekejangan perut serta mempercepatkan pemulihan ibu dalam pantang.
Akar Wangi: Herba yang turut dikenali sebagai Vetiver atau Khus-Khus ini bersifat antiseptik dan antiradang serta diyakini mampu mengatasi masalah kulit kering di samping membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
Kayu Sepang: Kayu sepang yang bersifat antiseptik ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, melancarkan peredaran darah serta meneutralkan racun dalam tubuh.

CARA PENGGUNAAN MINYAK SELESA

1. Sapu dan ratakan Minyak Selesa pada bahagian perut, dada, belakang badan, betis, lutut, siku, pergelangan tangan, sendi dan tapak kaki bayi.
2. Gunakan selepas mandi.
3. Sesuai untuk kegunaan ibu selepas bersalin.

BABY HAIR & BABY OIL TROPIKA



RM63.20

Baby Hair & Baby Oil Tropika sesuai untuk bayi yang baru lahir serta merawat masalah seperti ekzema, kudis, ruam,melecur,parut campak, scabies, luka, parut,psoriasis, kulit kering, kerak kepala dan melebatkan rambut. Baby Hair & Baby Oil Lavendar terdapat dalam 3 jenis:
  • Baby Hair & Baby Oil Lavendar Besar
  • Baby Hair & baby Oil Lavendar Kecil
  • Baby Hair & Baby Oil Rose
ML57LB
ML57LB

KHASIAT BABY HAIR & BABY OIL 

  • Sesuai utk bayi baru lahir hingga dewasa.
  • Tiada steroid dan 100% minyak kelapa dara asli.
  • Sapukan pada bahagian bermasalah selepas mandi atau pada bila2 masa.
  • Membasmi bakteria, kulat dan antioksidan.
  • Tiada kesan sampingan.
  • Untuk kegunaan luaran.
  • Lebih berkesan jika digunakan dengan TROPIKA BABY SOAP LAVENDER.

NATURAL BUBBLE WASH TROPICA BEAUTY




RM40.00
TROPIKA natural bubble wash  mandian dari bahan asli (natural) utk si manja. Sesuai untuk kulit eczema, ruam lampin, ruam panas, kulit kepala berkuping (cradle cap), penyakit radang kulit, kulit sensitif serta melebat dan menyihatkan rambut. Sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat dalam 3 wangian :
  • Lavender
  • Sweet (ros & mawar)
  • Happy (apricot & green tea)
Kandungan : 230 ml
PM247L
PM247L

KHASIAT NATURAL BUBBLE WASH LAVENDER

  •  Sesuai untuk kulit eczema, ruam lampin, ruam panas, kulit kepala berkuping (cradle cap), penyakit radang kulit, kulit sensitif serta melebat dan menyihatkan rambut.

No comments:

Post a Comment