HAFIDZ SUSU PENUH KRIM
RM33.93
Hafidz Susu Penuh Krim diperkaya dengan kebaikan ramuan asli seperti madu, gam Arab, kismis, prun dan bayam bagi membantu merangsang perkembangan minda kanak-kanak di samping menggalakkan tumbesaran serta meningkatkan sistem imunisasi sekaligus memelihara anak-anak anda daripada serangan penyakit.
KU162
0.1055kg
0.1055kg
KHASIAT HAFIDZ SUSU PENUH KRIM
- Menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak
- Merangsang sistem imunisasi
- Menggalakkan fungsi sistem saraf
- Membantu meredakan tekanan
- Membantu mengukuhkan tulang dan gigi
- Menggalakkan tumbesaran anak-anak anda
- Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
- Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
KANDUNGAN HAFIDZ SUSU PENUH KRIM
Susu Tepung Penuh Krim: Susu lembu sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Ia turut mengandungi vitamin B2 dan vitamin B12 yang berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular. Di samping itu, Vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
DHA (Asid Dokosaheksanoik): DHA merupakan sejenis asid lemak Omega-3 yang sering terkandung di dalam minyak ikan laut dalam. Di samping berupaya menggalakkan fungsi sistem saraf, DHA juga mampu menjana fungsi otak yang cergas dan cerdas seterusnya meningkatkan keupayaan mental agar anak-anak anda lebih mudah menyerap ilmu.
AHA (Asid Alpha Hidroksi): Asid Alpha Hidroksi yang sering terkandung di dalam susu serta buah-buahan seperti anggur, epal dan limau ini baik untuk kesihatan kulit. Ia berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit, menghapuskan sel kulit mati, dan memulihkan kerosakan kulit. AHA turut membantu mengatasi masalah kulit kering dan kegatalan yang sering mengganggu keselesaan anak kecil anda.
Kalsium: diperlukan untuk mengukuhkan tulang dan gigi selain menggalakkan fungsi organ dalaman tubuh dan membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan tenaga mental.
Rumpai Laut: Rumpai laut kaya dengan kandungan asid amino protein yang berupaya mengekalkan kandungan kolagen dalam tubuh badan di samping membantu melancarkan fungsi organ, membina dan mengekalkan tisu yang sihat serta mengatasi masalah kulit seperti eczema, kegatalan dan radang. Kandungan beta-karoteinnya pula bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan radikal bebas di dalama tubuh sekaligus membantu mencegah kerosakan sel.
L-lysine: L-lysine merupakan sejenis amino asid yang bukan sahaja mampu meredakan tekanan, malah berupaya menyerap kalsium ke dalam tubuh badan seterusnya membantu membina tisu tulang yang baru dan sihat serta memelihara tisu penghubung, tulang rawan dan kulit.
Sukrosa: Sukrosa merupakan pemanis alternatif yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan ia mengandungi karbohidrat yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Madu: menggalakkan tumbesaran / mencegah cacing perosak di dalam perut / menyembuhkan cirit birit / mengeluarkan lendir di dalam tubuh kanak-kanak / menguatkan minda kanak-kanak
Gam Akasia (Gam Arab): Gam Akasia atau Manna kaya dengan serat dan membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, ia turut berupaya mengatasi masalah kulit yang tidak anjal dan membantu memulihkan cirit-birit dan perut kembung.
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.
Prun: Kajian pakar menyatakan pengambilan makanan berserat tinggi seperti prun secara berterusan membantu mencegah penyakit jantung, di samping melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan. Prun juga kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah selain membantu memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya melindungi usus daripada serangan kanser dan menurunkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan.
Bayam: Bayam bukan sahaja sering dijadikan hidangan di meja makan, malah kaya dengan kebaikan untuk kesihatan. Selain mengandungi asid folik, bayam turut kaya dengan kandungan vitamin A, B9, C, E dan K yang mampu meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang bagi membantu mengukuh dan menyihatkan tulang serta membina sel darah merah sekaligus memelihara kesihatan sistem kardiovaskular. Bayam juga tinggi kandungan antioksidan yang mampu mengurangkan risiko serangan jantung, manakala kalsium, zat besi, potassium, magnesium dan mangan pula berupaya memelihara kulit, membekalkan oksigen ke organ dalaman tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ serta menggalakkan fungsi otak bagi membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori.
Badam: Kekacang ini tinggi kandungan protein, vitamin B, kalsium dan fosforus yang berkhasiat untuk tubuh badan dan mampu menggalakkan tumbesaran dan perkembangan minda kanak-kanak. Badam berupaya mengukuhkan tulang dan gigi, menstabilkan sistem penghadaman, meningkatkan tahap tenaga, serta menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori. Di samping itu, badam juga mampu menstabilkan struktur sel darah merah sekaligus menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit.
CARA PENGGUNAAN HAFIDZ SUSU PENUH KRIM
- Bancuh 4 sudu Hafidz Susu Penuh Krim bersama 200 ml air suam
- Kacau atau goncang di dalam botol hingga larut
- Simpan di dalam bekas kedap udara setelah dibuka
- Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada pancaran cahaya matahari
- Untuk kanak-kanak berusia 12 bulan ke atas sahaja
No comments:
Post a Comment