JAMU SRI DARA ALMAS
RM41.00
Jamu Seri Dara keluaran Almas menggabungkan herba tradisional warisan turun-temurun seperti Manjakani, biji ketumbar dan cabai Jawa khusus untuk mengimbangkan kandungan hormon estrogen seterusnya memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.
Kandungan: 40 biji kapsul
DW89
0.1505kg
Jamu Seri Dara keluaran Almas menggabungkan herba tradisional warisan turun-temurun seperti Manjakani, biji ketumbar dan cabai Jawa khusus untuk mengimbangkan kandungan hormon estrogen seterusnya memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.
Kandungan: 40 biji kapsul
0.1505kg
KHASIAT JAMU SRI DARA
- Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
- Memelihara kandungan hormon estrogen kaum wanita
- Merawat masalah senggugut, kitaran haid yang tidak teratur, keputihan serta bau badan
- Membantu mengetatkan tisu faraj
- Meningkatkan keinginan seksual para isteri
- Memelihara kesihatan rahim
- Merawat masalah angin dalam badan
- Menyingkirkan toksin dalam badan
- Mengatasi masalah sengal, sakit pinggang, lutut dan tumit
- Menyerlahkan seri awet muda dari dalam
KANDUNGAN JAMU SRI DARA
Manjakani (Croton Caudatum): Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
Helicteres Isora: Selain kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel, tumbuhan yang dikenali dengan nama Indian Screwtree ini juga berupaya menentang jangkitan kuman, mencegah masalah radang serta membantu mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga bersifat astringen yang bertindak mengecutkan tisu tubuh seterusnya membantu menguatkan otot rahim yang lemah selepas melahirkan anak.
Hippocratea Indica: Tumbuhan ini berupaya mengatasi radang yang merupakan tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan akibat peningkatan sel darah putih. Ia juga mampu mencegah bakteria, di samping melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan kadar kolestrol seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berikutan kewujudan sebatian kimia flavanoid, tannin, saponin dan alkaloid dalam tumbuhan ini.
Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum): Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem pencernaan.
Cabai Jawa (Piper Longum): Selain berupaya melancarkan proses penghadaman, herba yang turut dipanggil pippali ini turut digunakan dalam rawatan tradisional India atau Ayurveda bagi membantu membuang angin dalam badan, merawat masalah kesuburan, pedih ulu hati, ketegangan otot, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu memulihkan ibu bersalin.
CARA PENGGUNAAN JAMU SRI DARA
1. Ambil 2 biji kapsul sebelum sarapan pagi dan makan malam.
JUS NUSANTARA
RM128.00
Jus Nusantara diperkaya dengan rumusan bahan botani yang menyimpan 1001 khasiat bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit kronik yang menjejaskan tahap kesihatan.
Kandungan: 500 ml
KU190
1.1555kg
1.1555kg
Ia juga sarat dengan kebaikan dari sumber makanan Sunnah seperti madu, kurma dan Habbatus Sauda yang sesuai diamalkan sebagai makanan tambahan bagi melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit serta meningkatkan tahap kecergasan sepanjang hari.
Selain dapat memulihkan luka luaran dan dalaman akibat kecederaan mahupun pembedahan, Jus Nusantara juga berupaya membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, buasir, gout, penyakit sendi serta masalah lemah tenaga batin bagi para suami dan isteri.
Di samping itu juga, kandungan yang menjadi intipati produk ini juga baik untuk kesihatan dalaman wanita di mana ia mampu mengatasi masalah keputihan, menstabilkan kandungan hormon estrogen, menguatkan otot rahim, meredakan simptom-simptom menopaus serta menyerlahkan keremajaan dan kejelitaan dari dalam.
KHASIAT JUS NUSANTARA
- Membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan
- Meningkatkan tahap tenaga jasmani
- Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
- Menstabilkan tekanan darah
- Mengatasi masalah angin dalam badan
- Meredakan kekejangan otot
- Mengatasi masalah kelesuan
- Memulihkan luka luaran dan dalaman
- Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang serangan penyakit
- Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
- Baik untuk merawat masalah dalaman kaum wanita
KANDUNGAN JUS NUSANTARA
Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin, flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan penyakit jantung, diabetes atau kencing manis mahupun kanser. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit. Buah delima turut bertindak sebagai anti-penuaan serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
Temulawak: Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.
Halia Bara: Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya untuk merawat wanita selepas bersalin. Halia bara membantu mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan sistem penghadaman, membuang angin dalam badan serta membantu menurunkan berat badan selepas bersalin.
Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.
Kunyit: Kunyit bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia kaya dengan khasiat yang mampu memelihara kesihatan jasmani. Ia mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah radang.
Halba: Halba yang turut dikenali sebagai Fenugreek ini mampu mengurangkan kadar kolestrol LDL yang tinggi serta meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi hati daripada jangkitan, melancarkan sistem pencernaan, melegakan sakit kepala dan menggalakkan tumbesaran kanak-kanak. Kajian pakar menyatakan halba mampu membasmi sel kanser payudara dan leukemia di samping meningkatkan bekalan susu ibu. Selain itu, halba turut membantu membuang angin dalam badan, melancarkan kitaran haid, mengatasi senggugut, serta meningkatkan kandungan air mani dan tenaga batin.
Bunga Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.
Kulit Kayu Manis: Kulit kayu manis kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.
Lada Hitam: Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut.
CARA PENGGUNAAN JUS NUSANTARA
- Goncang botol sebelum minum.
- Mulakan dengan bacaan bismillah, 3 kali selawat, doa dan niat.
- Ambil 20 ml sebanyak 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
- Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
JUS QASIH SAYANG ALMAS
RM32.00
Jus Qasih Sayang keluaran Almas merupakan minuman botani yang diperkaya dengan khasiat dari sumber Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, Manjakani, Habbatus Sauda delima serta pelbagai ramuan semulajadi khusus untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.
Kandungan: 250 ml
DW88
0.4205kg
0.4205kg
KHASIAT JUS QASIH SAYANG
- Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
- Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
- Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
- Menguatkan dan menyuburkan bahagian rahim
- Meningkatkan rangsangan seksual para isteri
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu merawat masalah keputihan, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil
- Mengetatkan otot faraj
- Menstabilkan hormon estrogen di dalam tubuh wanita
- Mengatasi masalah angin dalam badan
- Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
KANDUNGAN JUS QASIH SAYANG
Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Di samping membantu memelihara keremajaan kulit, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
Kurma: Kurma kaya dengan antioksidan yang ternyata berkesan untuk mencegah kerosakan sel di samping membantu menentang proses penuaan. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan di samping meningkatkan kecergasan jasmani serta membantu meredakan tekanan.
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Di samping itu juga, ia turut berupaya memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah serta jantung seterusnya membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan anda secara menyeluruh.
Kayu Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk mengetatkan otot faraj. Ia berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga mampu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.
Halia Bara: Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Halia bara membantu mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan sistem penghadaman serta membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.
Acai Berry: Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel. Selain itu, ia turut membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan tahap kolestrol LDL, mengatasi masalah senggugut, meningkatkan tahap tenaga dan meredakan tekanan.
Horny Goat Weed (Epimedium): Epimedium sagittatum sering digunakan bagi meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah pinggang.
Sirih: Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang sebarang jangkitan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria serta merawat masalah jerawat dan kegatalan pada kulit.
Black Cohosh: Herba ini telah digunakan sejak tahun 50-an di Eropah bagi membantu merawat simptom menopaus, sindrom prahaid, senggugut, jerawat, osteoporosis serta sakit ketika ingin melahirkan anak. Selain itu, ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit di samping membantu menstabilkan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh wanita.
Kunyit: Kunyit mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka. Di samping itu, ia juga berupaya merawat penyakit sendi, menyingkirkan toksin dalam badan serta memelihara kejelitaan dan keremajaan kulit anda.
Habbatus Sauda: Habbatus Sauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
Za'faran: Lebih dikenali dengan nama Za’faran atau Saffron, bunga ini berupaya mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping mengatasi masalah kulit seperti kegatalan seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit di sekitar bahagian faraj. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.
CARA PENGGUNAAN JUS QASIH SAYANG
1. Mulakan dengan Bismillah diikuti dengan 3 kali selawat.
2. Minum 2 sudu besar sebelum makan 2 kali sehari.
2. Minum 2 sudu besar sebelum makan 2 kali sehari.
SLIMDAH FIBER SOL CAFE ALMAS
RM23.00
SlimDah Fiber Sol Cafe merupakan minuman pracampuran keluaran Almas yang diperkaya dengan kebaikan dari sumber serat. Ia bukan sahaja enak untuk dinikmati setiap hari, malah dapat membantu membekalkan tenaga berpanjangan serta mengatasi masalah berat badan yang berlebihan.
Kandungan: 15 sachet
KP16
0.4505kg
0.4505kg
KHASIAT SLIMDAH FIBER SOL CAFE
- Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
- Melancarkan proses penghadaman
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan
- Menggalakkan rasa kenyang
- Mengatasi masalah perut buncit
- Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah
- Menyingkirkan toksin yang menjejaskan tahap kesihatan
KANDUNGAN SLIMDAH FIBER SOL CAFE
Kopi Arabika: Biji kopi Arabika yang diperoleh dari spesis coffea arabica dari tanah tinggi Ethiopia ternyata mempunyai rasa yang lebih enak dan lazat. Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
Gula: Selain menambah rasa manis ke dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Krimer Tanpa Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
Serat: Serat pemakanan boleh terdapat di dalam ramuan semulajadi seperti epal, barli, kekacang, dan gandum serta baik untuk kesihatan di mana ia berupaya meningkatkan tahap tenaga, menstabilkan kadar gula dalam darah dan menurunkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) sekaligus membantu memelihara kesihatan jantung. Selain menggalakkan rasa kenyang bagi membantu mengawal berat badan dan menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, serat turut berupaya membersihkan saluran penghadaman seterusnya membantu melancarkan proses penghadaman serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan yang boleh merosakkan sel tubuh.
CARA PENGGUNAAN SLIMDAH FIBER SOL CAFE
1. Tuangkan 1 sachet SlimDah Fiber Sol Cafe ke dalam secawan air panas atau suam.
2. Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
3. Boleh dinikmati pada bila-bila masa.
2. Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
3. Boleh dinikmati pada bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment