AIR ANUGERAH
RM3.80
PRODUCT DESCRIPTION
Air Anugerah yang bersumberkan air mineral bawah tanah ini telah dibacakan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Kombinasi unik ini membantu menentang kesakitan rohani dan jasmani selain melembutkan hati dan meningkatkan tahap kecerdasan.
Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.
Air Anugerah tidak boleh dipos. Pembelian hanya dikedai kami di shah alam. Sebarang pertanyaan sms/whatsapp 012 - 2663123
KHASIAT AIR ANUGERAH
- Meningkatkan tahap kesihatan luaran dan dalaman
- Melindungi daripada gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
- Menerang dan melembutkan hati anak-anak
- Membantu menyegarkan tubuh badan anda
- meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam badan.
- menyahkan sisa toksin dari dalam badan.
- menghidrat supaya tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air.
- menguatkan sistem pertahanan badan dari serangan penyakit.
- ejen antioksidan yang terbaik.
CARA PENGGUNAAN AIR ANUGERAH
- Mulakan dengan bismillah, selawat sebanyak 3 kali dan niat di dalam hati.
- Boleh diminum mahupun disapu pada muka dan kepala pada bila-bila masa
- Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.
BENGKUNG ANUGERAH
RM38.00
PRODUCT DESCRIPTION
Bengkung Anugerah
Amalan berbengkung sememangnya baik untuk ibu bersalin kerana ia bukan sahaja dapat merampingkan tubuh badan, malah membantu menguatkan otot yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak.
Bengkung Anugerah mempunyai diameter yang lebar dan sesuai untuk pelbagai jenis saiz tubuh.
Proses kehamilan dan melahirkan anak ternyata memberi kesan dan perubahan terhadap tahap kesihatan dan bentuk fizikal seorang wanita. Di samping mengalami perubahan bentuk badan, bahagian dalaman seperti otot, rahim, tulang, urat saraf, sendi dan organ ibu bersalin juga semakin lemah akibat regangan yang berlaku ketika mengandung dan melahirkan anak.
Oleh sebab itu, ibu bersalin digalakkan untuk menjalani proses berbengkung sepanjang tempoh berpantang.
Amalan berbengkung di kalangan masyarakat Melayu telah bermula sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia amat penting untuk ibu selepas bersalin bagi mengembalikan kelangsingan tubuh di samping membantu menguatkan otot yang lemah akibat regangan ketika hamil dan bersalin.
KEBAIKAN BENGKUNG ANUGERAH
- Bentuknya yang panjang dan lebar sesuai dipakai oleh semua jenis saiz tubuh
- Mudah untuk digunakan
- Membantu membentuk tubuh badan yang ideal
- Membantu membentuk kembali pinggul ibu dalam pantang
- Memperbaiki postur tubuh
- Meramping dan mengempiskan perut
- Menguatkan semua otot yang regang dan lemah
- Menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang
- Penggunaan yang berterusan mampu merapatkan otot faraj dan mengecutkan otot rahim
CARA PENGGUNAAN BENGKUNG ANUGERAH
- Bermula dari paras pinggul, balut kain bengkung dan menghala ke depan. Silangkan kedua-duaba hagian hujung kain dan ikat sekali.
- Bawa kedua-kedua hujung kain ke bahagian belakang tubuh dan silangkan dengan ketat dan kemas mengikut kesesuaian.
- Bawa semula kedua-dua hujung kain ke bahagian depan dan ikat sekali.
- Ulang langkah yang sama sehingga ia mencapai paras bawah payudara.
- Balut lebihan kain bengkung pada tubuh dengan kemas.
- Selitkan hujung kain di celah-celah lipatan kain bengkung tadi.
- Boleh digunakan seawal 3 hari selepas bersalin.
- Sebaiknya digunakan selama 8 jam sehari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
REVIEWS
MINYAK TELON ANUGERAH
RM15.00
PRODUCT DESCRIPTION
Minyak Bebe( Telon) Anugerah dirumus khas untuk membantu melegakan perut kembung di samping menghangatkan tubuh bayi anda.
KHASIAT MINYAK BEBE( TELON) ANUGERAH
- Melegakan perut kembung
- Menghangatkan tubuh bayi
- Melembab dan melembutkan kulit bayi
- Menghindari bayi daripada kesejukan, angin pasang dan sawan angin
KANDUNGAN MINYAK BEBE( TELON) ANUGERAH
Minyak Kayu Putih: Sering dipanggil minyak cajeput di Indonesia, minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
Serai: Serai bukan sahaja antara bahan masakan yang sering digunakan di Malaysia, malah mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga turut berperanan merawat sakit kepala, otot dan sendi di samping mebantu melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan menyahtoksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.
Lengkuas: Lengkuas atau nama botaninya, Alpinna Galanga sering tumbuh di kawasan tropika dan bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, malah turut mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Lengkuas yang bersifat antiradang ini membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan dan mengatasi masalah kulit seperti selulit. Herba ini juga turut membantu meredakan kesakitan pada otot selain berupaya membantu merawat dan mengurangkan risiko tumor.
Daun pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.
Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kelembapan kulit selain berupaya meneutralkan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga, di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.
CARA PENGGUNAAN MINYAK BEBE( TELON) ANUGERAH
- Sapukan Minyak Telon pada dada, perut, pinggang, punggung dan tapak kaki bayi
- Sesuai digunakan setiap kali selepas mandi
REVIEWS
GAMAT KING
RM45.00
PRODUCT DESCRIPTION
Gamat King merupakan hasil kombinasi perubatan tradisional, moden dan Islam serta telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran serta doa-doa terpilih. Ia diformulasikan sebagai minuman kesihatan untuk meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh serta membantu merawat luka dan pelbagai jenis penyakit. Gamat King merupakan makanan kesihatan yang lengkap untuk semua golongan.
KHASIAT GAMAT KING
- Mempercepatkan pertumbuhan sel baru bagi mengantikan sel yang telah rosak
- Mengurangkan kerosakan sel
- Memelihara otot
- Meningkatkan tahap tenaga
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Menstabilkan kadar gula dalam darah
- Merawat luka dalaman dan luaran terutamanya bagi wanita selepas bersalin
- Membantu mencegah penuaan
- Mengurangkan bengkak akibat gigitan serangga
- Memelihara kesihatan dan kecantikan kulit
KANDUNGAN GAMAT KING
Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang turut dipanggil timun laut. Gamat yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Kandungan karbohidratnya pula berperanan membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan. Omega-3 yang turut terkandung di dalam gamat pula berfungsi mengurangkan keradangan.
Stevia: Stevia merupakan pokok renek yang berasal dari kawasan barat Amerika Utara ke Amerika Selatan. Oleh kerana daunnya yang manis serta bebas karbohidrat dan gula, stevia sering digunakan sebagai pemanis dan sesuai untuk mereka yang ingin mengawal kandungan kalori dalam pengambilan diet. Antara khasiat yang diperoleh daripada stevia yang bersifat antibakteria ini adalah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah, selain membantu pembentukan kalsium.
CARA PENGGUNAAN GAMAT KING
- Dewasa: Ambil 2 sudu besar setiap pagi dan malam
- Kanak-kanak: Ambil 1 sudu besar stiap pagi dan malam
- Seeloknya mulakan dengan Bismillah, surah Al-Fatihah, ‘La Hawla Wala Kuwwata illah Billah’ dan baca niat dalam hati sebelum mengambil Gamat King
REVIEWS
RM45.00
PRODUCT DESCRIPTION
Brain Booster Anugerah merupakan kombinasi perubatan tradisional dan Islam untuk membantu meningkatkan kecerdasan otak bagi semua peringkat umur.
KHASIAT BRAIN BOOSTER ANUGERAH
- Meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak
- Membantu meningkatkan daya ingatan dan tumpuan
- Mencegah kemerosotan fungsi otak
- Merawat dan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk
- Meningkatkan tenaga serta mengurangkan keletihan
KANDUNGAN BRAIN BOOSTER ANUGERAH
Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang tinggi. Herba ini mampu membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.
Pegaga: Daun yang berbentuk ginjal ini juga dikenali dengan nama saintifiknya, Centella Asiatica kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C dan berfungsi meningkatkan daya ingatan serta membantu merawat penyakit nyanyuk.
Choline: Menurut kajian pakar, sebatian yang menyerupai struktur vitamin B ini membantu mencegah penyakit nyanyuk dan Alzheimer.
Soya: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, di samping menyihatkan kulit. Merupakan sumber kalsium yang diperlukan untuk mengukuhkan tulang dan gigi selain menggalakkan fungsi organ dalaman tubuh dan membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan tenaga mental.
CARA PENGGUNAAN BRAIN BOOSTER ANUGERAH
- Goncang sebelum minum
- Dewasa: 2 sudu besar setiap pagi dan malam
- Kanak-kanak: 1 sudu besar setiap pagi dan malam
- Sebaiknya lafazkan Bismillah, 3 kali selawat, Surah Al-Fatihah dan ‘La Hawla Wala Kuwwata illah Billah’ dan baca niat dalam hati sebelum mengambil Brain Booster Anugerah
- Jangan langkah produk ini kerana ia mengandungi bahan-bahan yang telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa terpilih
- Sesuai untuk semua peringkat umur
REVIEWS
GARAM BULUH SEMBILAN
RM47.00
PRODUCT DESCRIPTION
Garam Buluh Sembilan merupakan garam yang dibakar sebanyak 9 kali di dalam buluh. Ia menghasilkan lebih daripada 80 jenis mineral yang berupaya membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan anda secara menyeluruh.
KHASIAT GARAM BULUH SEMBILAN
- Menghalang pembentukan bengkak akibat alergi
- Meneutralkan asid berlebihan di dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit
- Membantu menurunkan berat badan
- Mengukuhkan gigi dan gusi
- Mengurangkan sakit tekak
- Melancarkan peredaran darah
- Meningkatkan tahap tenaga
- Mengatasi keletihan
- Mengurangkan pembentukan sel-sel kanser di dalam badan
- Melancarkan sistem pencernaan
KANDUNGAN GARAM BULUH SEMBILAN
Garam Buluh merupakan inovasi dari Korea dan dihasilkan dengan dengan memasukkan garam ke dalam bekas buluh dan dibakar berulang-ulang kali untuk tempoh yang lama. Kaedah pembakaran berulang ini akan meningkatkan penyerapak garam minerak dari buluh dan tanah liat yang menjadi penutup bekas buluh ke dalam garam laut yang dibakar. Garam Buluh menghasilkan lebih daripada 80 jenis mineral yang berupaya membantu merawat kanser, melancarkan sistem pencernaan, serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat di samping meremajakan lagi kulit wajah.
CARA PENGGUNAAN GARAM BULUH SEMBILAN
- Makan secubit Garam Buluh Sembilan setiap pagi dan malam
- Seeloknya mulakan dengan Bismillah, surah Al-Fatihah, ‘La Hawla Wala Kuwwata illah Billah’ dan baca niat dalam hati sebelum mengambil Garam Buluh Sembilan
REVIEWS
HARUAN KING ANUGERAH
RM29.00
PRODUCT DESCRIPTION
Haruan King Anugerah merupakan campuran pati ikan haruan bersama kombinasi herba yang terpilih dan bermutu tinggi seperti madu, rumpai laut dan kulit kayu manis. Ia sesuai untuk diamalkan setiap hari sebagai sajian makanan tambahan bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Produk ini juga ternyata baik untuk membantu memulih dan menyihatkan rahim ibu dalam pantang.
Haruan King Anugerah juga telah dibacakan 30 juzuk ayat Al-Qur’an dan doa-doa syifa’ bagi memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah SWT.
KHASIAT HARUAN KING ANUGERAH
- Membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
- Menjadikan tubuh badan lebih aktif dan bertenaga
- Melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
- Memulihkan luka luaran dan dalaman
- Membantu memelihara sistem saraf dan kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah dan salurannya
- meningkatkan tahap metabolisme
- melancarkan proses penghadaman
- mengawal paras kolestrol dan tekanan darah
- menyingkirkan toksin dari tubuh badan
- Membantu membuang angin dalam badan
- Sesuai untuk ibu bersalin bagi membantu memulih dan menyihatkan rahim
- Rasanya enak dan tidak berbau hanyir
KANDUNGAN HARUAN KING ANUGERAH
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka.
Ikan Haruan: Ikan air tawar ini sering terdapat di kawasan tropika dan mengandung pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ekstraknya kaya dengan protein dan vitamin A yangmampu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah serangan penyakit, Menurut kajian pakar, ikan haruan turut mengandungi asid amino seperti glisin yang penting untuk menyembuhkan luka dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh.
Rumpai Laut: Rumpai laut kaya dengan nutrien seperti alginate iaitu sejenis serat yang terkandung di dalam rumpai laut berperanan melancarkan proses penghadaman, mengawal selera makan serta mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga berupaya menyingkirkan toksin, melancarkan proses perkumuhan, menurunkan paras kolestrol bagi memelihara kesihatan jantung di samping membantu mengawal berat badan.
Kulit Kayu Manis: Kulit kayu manis juga kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Di samping itu, ia juga diyakini dapat memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
CARA PENGGUNAAN HARUAN KING ANUGERAH
- Amalkan 1 botol Haruan King Anugerah setiap hari.
- Boleh diambil pada waktu pagi atau malam.
REVIEWS
KISMIS ANUGERAH
KOD 009
KOD 010
RM20.00
PRODUCT DESCRIPTION
Kismis Anugerah merupakan kombinasi kismis pilihan terbaik yang telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran serta doa-doa penerang hati.
Kismis Anugerah terdapat dalam 2 jenis :
- Kismis Emas Anugerah
- Kismis Organik Anugerah
Kismis Anugerah mengandungi zat besi, potassium, magnesium, kalsium, vitamin B1, B3 dan B6. Kismis Anugerah telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa terpilih, menjadikan ianya makanan terbaik untuk kecergasan fizikal, mental, emosi dan rohani anak anda.
KHASIAT KISMIS ANUGERAH
- Menguatkan daya ingatan
- Mengubati penyakit lupa
- Meningkatkan kecerdasan minda
- Mencerahkan mata
- Menghilangkan rasa gemuruh
- Memudahkan hafalan
- Membersihkan hati
KANDUNGAN KISMIS ANUGERAH
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya. Ia mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang, selain meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.
CARA PENGGUNAAN KISMIS ANUGERAH
- Menghadap kiblat.
- Baca Bismillah, selawat ke atas Nabi sebanyak tiga kali serta doa penerang hati
- Kemam satu persatu kismis seperti gula-gula sebanyak 21 biji.
REVIEWS
HERBA TANGAS ANUGERAH
RM58.00
PRODUCT DESCRIPTION
Herba Tangas Anugerah membantu anda merapatkan kembali saluran sulit dan rahim melalui tindakan haba yang dinamakan bertangas.
KHASIAT HERBA TANGAS ANUGERAH
- Membantu menyembuhkan luka dan mengecutkan rahim selepas bersalin
- Mengatasi masalah keputihan
- Mencegah risiko sakit puan
- Membuang angin dalam badan
- Melancarkan peredaran darah
- Mencegah jangkitan mikroorganisme yang boleh membawa penyakit
- Membuang toksin dari dalam badan
KANDUNGAN HERBA TANGAS ANUGERAH
Halia: Ramuan ini adalah antara herba yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Halia juga terbukti dapat meningkatkan suhu tubuh untuk membantu mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Halia juga bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan perut.
Serai: Serai terbukti berkesan untuk melegakan sakit-sakit pada badan dan cirit-birit. Ia bersifat antibakteria dan antikulat yang membantu mencegah jangkitan bakteria dan kulat pada tubuh badan terutamanya pada bahagian intim wanita. Ramuan semulajadi ini juga mempunyai keupayaan untuk membantu memperbaiki dan melancarkan peredaran darah terutamanya bagi wanita bersalin.
Daun Limau Purut: Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix mengandungi asid sitrik semula jadi yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Selain membantu mencegah risiko kanser, daun limau purut yang bersifat antiseptik ini juga mampu menggalakkan penyembuhan luka.
Temulawak: Merupakan sebahagian daripada keluarga halia, Temulawak yang bersifat antibakteria dan antioksida ini berperanan untuk menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal tahap metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit di samping melancarkan sistem pencernaan. Temulawak juga membantu mengatasi bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.
CARA PENGGUNAAN HERBA TANGAS ANUGERAH
- Rebus satu pek Herba Tangas Anugerah di dalam air sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan air rebusan tadi ke dalam baldi kecil.
- Wapkan bahagian badan yang luka selama 20 minit. Gunakan kain selubung seperti kain batik untuk menutup bahagian atas pinggang sehingga ke bawah kaki untuk memastikan wap terkumpul dengan secukupnya.
- Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, bertangas dengan selang 2 atau 3 hari sehingga habis tempoh berpantang iaitu 44 hari.
REVIEWS