K-COLLY SWEET 17
RM 90.00
PRODUCT DESCRIPTION
K-Colly Sweet 17
Serlahkan seri wajah anda dengan K-Colly Sweet 17 yang diperkaya dengan khasiat kolagen marin bersama serbuk mutiara yang berkesan untuk membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mengatasi masalah kulit kering dan bersisik serta berupaya melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit.
KHASIAT K-COLLY SWEET 17
- Menyerikan kulit
- Memperbaiki sel kulit
- Memelihara tisu kulit
- Menyegarkan kulit
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Memelihara kulit daripada sinaran UV
- Mengatasi masalah kulit seperti kulit kering dan bersisik
- Meningkatkan metabolisme
- Meningkatkan sistem imunisasi
KANDUNGAN K-COLLY SWEET 17
Hydrolyzed Marine Collagen: Kolagen larut air dari sumber marin yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, gelatin juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel tubuh dan meningkatkan tahap metabolisme.
Astaxanthin: Astraxanthin merupakan pigmen organik ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan selain membantu merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu dan turut bertindak sebagai bahan pewarna yang selamat untuk digunakan.
Coenzyme Q10: Turut dikenali sebagai ubiquinone, ia merupakan sebatian yang hampir serupa dengan vitamin dan terkandung dalam tubuh manusia dan juga boleh dihasilkan dalam makmal. Coenzyme Q10 berfungsi sebagai antioksida yang berperanan mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya. Selain itu, ia juga berupaya menukar makanan kepada tenaga dalam badan.
L-Glutathione Berry Plus: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, kulit bersisik (psoriasis), kulit kering (neurodermatitis), dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan racun dalam tubuh, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.
Pearl: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.
Hyaluronan: Asid Hyaluronan merupakan karbohidrat yang terdapat dalam tubuh manusia, juga boleh dihasilkan di dalam makmal. Selain melancarkan bahagian sendi dan otot dalam badan, Hyaluronan merupakan pelembap kulit yang baik, di samping membantu memelihara tisu kulit.
CARA PENGGUNAAN K-COLLY SWEET 17
- Ambil setengah sudu K-Colly Sweet 17 dan terus suap ke dalam mulut
- Ambil 2 kali sehari: sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur
- Minum 3 liter air sepanjang hari untuk kesan yang optima
- Simpan di tempat yang kering.
K-WHITE 38 PLUS BREAST UP
RM 90.00
PRODUCT DESCRIPTION
K-White 38 Plus Breast Up dihasilkan dengan bioteknologi menggunakan ramuan semulajadi seperti sarang burung, sakura, Pueraria Mirifica dan Kacip Fatimah bagi membantu menegang dan menganjalkan payudara di samping meningkatkan kejelitaan dan kecerahan kulit agar anda tampil anggun dan menawan. K-White 38 Plus Breast Up hadir dalam perisa strawberi.
KHASIAT K-WHITE 38 PLUS BREAST UP
- Mencerahkan kulit wajah dan tubuh
- Memelihara kehalusan dan kelembapan kulit
- Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit dan payudara
- Menambah saiz payudara
- Mencerahkan warna puting
- Memelihara keremajaan kulit
- Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
- Mengatasi masalah jerawat, jeragat, parut dan kulit kusam
- Membentuk tubuh yang ideal
- Membantu mencegah serangan penyakit
- Memelihara kesihatan dalam wanita
- Mengetatkan otot faraj
- Menyegarkan tubuh badan
- Memelihara kulit daripada kerosakan akibat radiasi ultraungu (UV)
KANDUNGAN K-WHITE 38 PLUS BREAST UP
Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi kandungan protein yang tinggi (60%), 18 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium. Semua nutrien tersebut penting untuk memelihara kesihatan, keanjalan dan kecantikan kulit di samping membekalkan tenaga, mengukuhkan sistem imunisasi, melancarkan sistem penghadaman, dan mengekalkan tisu yang sihat.
Asid Amino N-Acetyl L-Cysteine: Sebatian ini merupakan sejenis asid amino yang berperanan mencegah penghasilan pigmen melanin seterusnya membantu meningkatkan kecerahan kulit, di samping menggalakkan penghasilan glutathione yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
L-Glutamin: L-Glutamin merupakan sejenis asid amino yang bukan sahaja mampu meningkatkan jisim otot, malah berupaya menggalakkan fungsi sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit.
Beta-Karotene: Beta-karotene merupakan pigmen oren yang sering terkandung di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan seperti lobak, anggur, labu dan asparagus.Tubuh kita menukar beta-karotene yang diambil melalui pengambilan buah-buahan kepada vitamin A yang amat penting bagi melancarkan peredaran darah dan melindungi kulit daripada kanser kulit dan proses penuaan yang diakibatkan oleh pancaran radiasi ultraviolet. Beta-karotene turut tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko serangan kanser di samping membantu meningkatkan sistem imunisasi.
Niacinamide (Vitamin B3): Niacinamide merupakan sebatian yang mengandungi fungsi antioksida yang meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu menentang radang.
Sakura: Bunga sakura yang terkenal di Jepun ini tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mencegah proses penuaan kulit di samping kandungan asid caffeic yang berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran radiasi UV seterusnya membantu mencegah serangan kanser kulit. Bunga ini juga berupaya menyingkir sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah terutamanya pada bahagian kulit bagi membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
Hyaluron: Asid Hyaluron merupakan karbohidrat yang berupaya melancarkan bahagian sendi dan otot dalam badan, Hyaluron merupakan pelembap kulit yang baik, di samping membantu memelihara tisu kulit.
Betik Hijau: Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, ekzema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit wajah anda.
Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.
Oak Gall (Manjakani): Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.
Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica berupaya menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain berupaya mengatasi masalah kulit seperti tompok-tompok penuaan, kulit kering dan berjerawat, herba ini turut membantu melangsingkan tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta mengatasi masalah keputihan.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita.
Coklat: Coklat berasal dari pokokkoko yang bukan sahaja berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan dan memelihara kesihatan sistem kardiovaskular, malah mampu menyerlahkan seri kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV). Ia kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, koko juga berupaya mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membantu menyahtoksin sekaligus membantu menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat.
Sukralosa: Sukralosa merupakan pemanis tiruan yang tidak mengandungi sekaligus baik untuk mereka yang ingin menikmati makanan manis tanpa perlu bimbang akan peningkatan kalori dan berat badan.
CARA PENGGUNAAN K-WHITE 38 PLUS BREAST UP
- Bancuh 1 uncang KWhite38 bersama 100ml air suam.
- Kacau hingga larut dan sedia untuk diminum.
- Ambil 1 kali sehari ketika perut kosong atau sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment