D' Herbs

BEAUTY SOAP WHITENING + COLLAGEN

RM 15.50
Beauty Soap Whitening + Collagen(Juliet) dihasilkan daripada herba-herba dan gabungan susu untuk mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan kaya dengan vitamin E dan C. Juliet Beauty Soap mencuci dengan lembut, meyegar, melembab dan mencerahkan kulit serta mengembalikan keremajaan kulit wajah seawal tiga hari. 
PM05
0.0805kg

KANDUNGAN BEAUTY SOAP WHITENING + COLLAGEN

  1. Ekstrak Beras membantu mencerahkan dan membuat kulit wajah tampak halus.
  2. Kolagen menggalakkan kekenyalan dan keanjalan kulit.

MAKLUMAT LAIN BERKAITAN DENGAN BEAUTY SOAP WHITENING + COLLAGEN

  • Untuk siang hari gunakan Diamond Foundation utk kesan yang lebih baik.
  • No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT 110505679K
  • Berat/Isipadu Juliet Beauty Soap: 60gram

GLOW B WHITE

RM 29.50
Glow B White D'herbs mengandungi sarang burung, acai berry, aloe vera, goji, kolagen yang dapat menyerlahkan keremajaan kulit, kulit menjadi lebih halus, tegang dan gebu.
PM03
0.2305kg

KHASIAT GLOW BWHITE

  • menyerlahkan keremajaan kulit anda malah awet muda, kulit lebih tegang, gebu dan halus.
  • Untuk memperbaiki struktur kulit dan mencerahkan kulit 2x lebih berkesan daripada produk lain.

KANDUNGAN GLOW BWHITE

  1. Sarang burung mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.
  2. Acai Berry merupakan antioksidan yang tinggi.Ekstrak tomato merupakan antioksidan yang tinggi.
  3. Aloe vera menyembuhkan radang kulit disebabkan oleh terdedah kepada matahari juga dapat merawat kesan terbakar. menyembuhkan ulser, mengubati kulit kering dan penghapusan bekas luka.
  4. Goji dapat menghapuskan radikal bebas, menggalakkan metabolisme, melancarkan pengaliran darah, mengoptimunkan fungsi hormon dan juga membaiki tenaga fizikal.
  5. Kolagen menggalakkan kekenyalan dan keanjalan kulit.

MAKLUMAT LAIN BERKENAAN GLOW BWHITE

  • Simpan di tempat yang sejuk.
  • Untuk kesan berganda gunakan bersama Juliat Beauty Soap.
  • Berat/Isipadu Glow BWhite: 17mlx10 peket.

KRIM MUTIARA GOLD D’HERBS

RM 22.90
Krim Mutiara Gold adalah krim kecantikan siang & malam yang bertindak sebagai agen pelembap dan pencerah wajah kerana strukturnya yang ringan, lembab dan tidak berminyak sesuai digunakan semua jenis kulit. Keistimewaannya Krim Mutiara Gold ini mempunyai satu warna yang sesuai mengikut tona kulit cerah atau gelap.
PM171
0.0405kg

KHASIAT KRIM MUTIARA GOLD D’HERBS

  • mencerahkan wajah
  • sebagai agen pelembap

KANDUNGAN KRIM MUTIARA GOLD D’HERBS

  1. Aqua, Edta
  2. Glycerin
  3. Butylene Glycol
  4. Octyl Methoxycinnamate
  5. Titanium Dioxide
  6. Cetearyl Alcohol
  7. Ceteareth 20
  8. Cetyl Alcohol
  9. Cetyl Esters
  10. Licorice

MUKJIZAT SOAP HERBAL BODY

RM 14.50

Mukjizat Soap Herbal Body Scrub gabungan sabun dan scrub yang diadun dengan ramuan tradisional iaitu kulit kayu manis, cengkih dan herba-herba yang terpilih untuk menghasilkan ramuan yang istimewa yang dapat dirasai setiap kali menggunakannya.
PM06
0.1255kg

KHASIAT MUKJIZAT SOAP HERBAL BODY SCRUB

  • Sesuai digunakan untuk kulit badan berdaki.
  • Mengatasi bau badan, berjerawat, panau, kusam, gelap.
  • Mencerahkan kulit tubuh badan.

KANDUNGAN MUKJIZAT SOAP HERBAL BODY SCRUB

  1. Kulit kayu manis sebagai antioksidan membantu mengawal pertumbuhan jerawat,Memudarkan parut jerawat dan mencerahkan kulit wajah.Juga bertindak sebagai anti inflamasi dan anti bakteria.
  2. Cengkih dianggap menghangatkan, menghilangkan rasa sakit setempat, membantu mengeluarkan angin, mengharumkan anti bakteri, menghilangkan kejang perut.

CARA GUNA MUKJIZAT SOAP HERBAL BODY SCRUB

  1. Menggunakan Mukjizat Soap Herbal Body Scrub ketika mandi atau di tempat-tempat yang bermasalah.
  2. Kemudian bilas dengan air bersih.

MAKLUMAT LAIN BERKAITAN DENGAN MUKJIZAT SOAP HERBAL BODY SCRUB

  • No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT 110505678K
  • Berat/isipadu: 110 gram

SUPER LEBAT CREAM


RM 22.50
Ramuan Herba Asli Tradisi Melayu Turun Temurun. Super Lebat Cream dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Selain daripada itu masalah seperti rambut bercabang, kering, gugur dan kelemumur juga dapat diatasi. 
KR07
0.1005kg

KHASIAT SUPER LEBAT CREAM D’HERBS

  • Menghasilkan melamin yang mengekalkan rambut asli kehitam-hitaman tanpa perlu diwarnakan
  • Sesuai digunakansebagai krim harian rambut agar kekal segar dan bersinar
  • Membekalkan oksigen yang mencukupi bagi mempercepatkan pertumbuhan dan menguatkan akar rambut agar tidak mudah putus.
  • Mengatasi masalah rambut gugur, melebatkan rambut dan kelemumur

 KANDUNGAN SUPER LEBAT CREAM D’HERBS

  1. Buah Zaitun
  2. Spirulina
  3. Mengkudu
  4. Bunga Raya
  5. Minyak Kelapa Dara

PRO MONTOK CREAM



RM 31.50
Rasai perubahan saiz payudara idaman anda.Dengan Bio Aktif Formula tanpa perlu suntikan, tiada pil, tiada kesakitan malah sangat efektif.Pro Montok Cream direka khusus bagi mereka yang ingin memiliki payudara yang menggiurkan, montok dan cantik. Dirumus dengan ekstrak Kigelia Africana untuk menegangkan, membentuk, memejal dan mencantikkan payudara
PP17
0.1705kg

KHASIAT PRO MONTOK CREAM D’HERBS

  • Dapat menganjalkan kembali payudara yang mengendur dengan teknik urutan yang betul.
  • Mengekalkan keanjalan payudara agar kental, montok dan cantik.
  • Mencerahkan puting payudara yang gelap kepada warna kemerah-merahan.
  • Menegangkan, memantapkan dan membentuk payudara agar lebih padat berisi.
  • Menjadikan kulit lebih muda, halus dan cantik terutama di kawasan payudara.

 KANDUNGAN PRO MONTOK CREAM D’HERBS

  1. Kigelia Africana
  2. Aloe Vera
  3. Sunflower Seed

MAGIC PERFUME D’HERBS


RM 24.50
Magic Perfume D’Herbs diinspirasikan daripada haruman bunga-bungaan yang mewah bersama aroma yang memikat seterusnya menyerlahkan lagi aura diri anda Wangiannya mampu bertahan sehingga 24 jam serta memberikan ‘mood’ yang berbeza bagi setiap pemakainya.
Kandungan: 30 ml
WW18ANGGUN
WW18ANGGUN
Magic Perfume D’Herbs hadir dalam 4 pilihan:
  • Mood Feminin
  • Mood Anggun
  • Mood Macho
  • Mood Maskulin

KEBAIKAN MAGIC PERFUME D’HERBS

  •          Mengharumkan tubuh badan
  •          Menyerlahkan seri dan aura diri
  •          Meningkatkan keyakinan diri
  •          Mendamai dan menenangkan jiwa
  •          Menyegarkan tubuh badan
  •          Memberikan ‘mood’ yang berbeza kepada pemakainya
  •          Mampu bertahan sehingga 24 jam

CARA PENGGUNAAN MAGIC PERFUME D’HERBS

  1.      Gunakan pada bahagian tubuh yang dikehendaki.
  2.      Boleh digunakan pada bila-bila masa.

MINYAK BAYI MAK BIDAN D'HERBS

RM 7.00
Minyak Bayi Mak Bidan dirumus menggunakan 100% bahan semulajadi seperti daun pudina, minyak kayu putih (cajeput), ekstrak limau nipis dan limau purut yang berupaya memelihara kelembutan kulit di samping berkesan untuk mengatasi masalah perut kembung, angin dalam badan dan masalah kulit yang mengganggu keselesaan seterusnya menyegarkan si manja anda sepanjang hari.
Kandungan: 15 ml
SB49
0.1155kg

KEBAIKAN MINYAK BAYI MAK BIDAN

  • Menghalus dan melembutkan kulit
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menenangkan si manja anda
  • Meredakan masalah perut kembung dan angin dalam badan
  • Mengatasi masalah kegatalan kulit
  • Mengatasi masalah seperti ruam, ekzema dan radang
  • Bertindak sebagai antiseptik yang mempercepatkan pemulihan luka
  • Menyegarkan tubuh bayi

KANDUNGAN MINYAK BAYI MAK BIDAN

Minyak Cajeput (Melaleuca Leucadendra): Minyak cajeput atau minyak kayu putih ini diesktrak dari ranting pohon kayu putih serta banyak digunakan dalam rawatan tradisional bagi menghangatkan tubuh yang sejuk di samping membantu mencegah dan merawat masalah perut kembung dan angin dalam badan.
Mentha Arvensis (Mint): Ekstrak dari daun pudina liar jenis Mentha Arvensis ini bukan sahaja mampu mendingin dan menyegarkan kulit, malah turut berupaya melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.
Limau Nipis (Citrus Aurantifolia): Tumbuhan yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini berfungsi menentang jangkitan kuman dan serangan penyakit selain berkesan sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu menyegarkan tubuh si manja anda.
Limau Purut (Citrus Hystrix): Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga dapat melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.
Mentha Piperita:Minyak yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.
Kapur Barus (Camphor): Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan mampu menenangkan bahagian luaran tubuh serta membantu meredakan tekanan.

CARA PENGGUNAAN MINYAK BAYI MAK BIDAN

  1. Sapukan Minyak Bayi Mak Bidan pada bahagian yang diperlukan seperti perut, dada dan tangan.
  2. Untuk kegunaan luaran sahaja.
  3. Simpan di tempat yang dingin dan kering.

KAPSUL LUNAS R’SDONG

                                            RM31.37
Produk terbaru keluaran D'Herbs, Kapsul Lunas R'sdonguntuk mengatasi dari jerawat dan resdung.
Kandungan:40kapsul
KH06
0.0655kg

KEBAIKAN KAPSUL LUNAS R'SDONG

  • mengatasi masalah jerawat dan resdung

KANDUNGAN KAPSUL LUNAS R'SDONG

  1. Barringtonia Racemosa (Putat Padi)
  2. Champereia Griffthii (Chemperai)
  3. Castanopsis (Berangan)

DIET GOLD D'HERBS

RM31.50
Diet Gold D'Herbs kini bukan sahaja mudah dinikmati, malah rasa ia juga enak. Ia juga berkesan dan selamat pada mereka yang ingin mngecapi berat badan ideal hari ini.
KB01
0.2205kg

KHASIAT DIET GOLD D'HERBS

  • Membuang lemak yang tidak diperlukan badan.
  • Antioksidan dan menyahtoksik dalam sistem pencernaan.
  • Mengurangkan selera makan dan memberikan rasa kenyang sepanjang hari.
  • Membantu mengecilkan lengan, pinggang, punggung dan peha.
  • Membantu mengempiskan perut yang buncit.
  • Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.

KANDUNGAN DIET GOLD D'HERBS

  1. Wheat Fibre bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  2. Oat Fibre terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.Ia juga bersifat rendah lemak secara semulajadi dan bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  3. Apple Fibre serat yang terkandung untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  4. Physillium Husk kaya dengan fiber. Secara traditional, ia digunakan untuk mengatasi sembelit. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
  5. Senna Leaf dapat menghilangkan sembelit. Ia sangat efektif dalam melarutkan lemak dan racun untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

MAKLUMAT LAIN BERKAITAN DIET GOLD D'HERBS

  • Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
  • Tidak digalakkan bagi wanita yang mengandung.
  • Isipadu/Berat Diet Gold D'Herbs: 15gramx 10sachet

DIAMOND FOUNDATION


                                             RM36.50
Diamond Foudation dari D'Herbs adalah bedak asas yang mengandungi SPF 35 dan Minyak Biji Anggur yang bertindak sebagai anti oksidan yang melindungi sel kulit selama 8 jam dari sinar sinaran UV dan pencemaran yang boleh merosakkan kulit.
PM01
0.0905kg

KHASIAT DIAMOND FOUNDATION

  • Meningkatkan keanjalan kulit.
  • Sesuai sebagai alas bedak dan krim siang (SPF 35).
  • Sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit cerah atau sawo matang tidak kira lelaki atau perempuan kerana ia bersifat semulajadi.
  • membantu menutup parut jerawat, keragat dan kedutan wajah.
  • kalis air dan boleh bertahan sehingga 12 jam.
  • sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat, berjeragat dan kulit normal.

KANDUNGAN DIAMOND FOUNDATION

Dibawah adalah kandungan bahan yang terdapat dalam Diamond Foundation dari De Herbs.
  1. SPF 35 – melindungi kulit dari pancaran UV.
  2. Minyak Biji Anggur – merupakan antioksidan yang baik yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan kulit.
  3. Vitamin E – untuk membantu menutupi dan merawat parut jerawat, jeragat dan kedutan wajah jika digunkan secara berterusan.

MAKLUMAT LAIN BERKENAAN DIAMOND FOUNDATION

  • No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT100900010K.
  • Berat/Isipadu Diamond Foundation: 0.83oz/25gram

DAY & NIGHT CREAM MADU PROPOLIS

RM28.50
Miliki wajah yang bebas cela dengan Day & Night Cream Madu Propolis yang mengandungi ekstrak Propolis, Kacang Soya, Aloe Vera dan bunga Camomile yang diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan dan kejelitaan kulit wajah anda. Krim siang dan malam ini mampu mengurangkan kedutan, parut, jerawat dan jeragat yang mengganggu penampilan anda. Sesuai untuk semua jenis kulit.
PM289
0.1005kg

KHASIAT

  • Mampu merencatkan masalah jerawat dan jeragat
  • Memudarkan parut
  • Menghalus dan mencerahkan kulit
  • Mencegah kulit kusam
  • Meratakan rona kulit
  • Mengecilkan pori
  • Mengurangkan kedutan

KANDUNGAN

Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan lagi kulit.
Cyclomethicone: Merupakan sebuah ejen pelembap, sebatian ini berfungsi mengangkut ke lapisan kulit yang teratas, sekaligus menghalus dan melembapkan kulit anda
Daun Aloe Barbadensis (Aloe Vera): Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Aloe Vera dan Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam tisu kulit dan mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit. Ia juga mampu melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering dan rosak.
Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl methoxycinnamate, Penggunaan utamanya adalah dalam suncreens dan kosmetik lain untuk menyerap UV-B sinar dari matahari , melindungi kulit daripada kerosakan. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kemunculan parut.
Isopropyl Myristate: Sebatian ini merupakan ester daripada minyak berasaskan tumbuhan dan asid Myritic. Ia berupaya membantu penyerapan krim ke bawah lapisan kulit.
Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower: Lebih dikenali dengan nama Camomile, bunga ini mengandungi Flavonoid yang amat berkesan untuk merawat penyakit kulit sensitif serta vitamin B yang terkandung di dalam ekstraknya pula berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kawasan tubuh. Selain itu, bunga Camomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis dan bekas alahan kulit.
Ethoxydiglycol: Bahan pelarut yang Ia memastikan pengagihan walaupun bahan-bahan di seluruh produk, untuk membantu ia berfungsi dengan lebih baik. Membantu mengekalkan kestabilan ramuan di dalam sesebuah produk seperti Day & Night Cream ini.
Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Tocopheryl Acetate juga mampu mencegah penuaan kulit, mengatasi radang kulit serta memperbaiki struktur kulit.
Retinol: Retinol turut dipanggil Vitamin A mengandungi agen antioksida yang mampu meneutralkan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit. Ini bermakna vitamin A mampu mencegah kedutan selain meningkatkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit. Retinol juga berkesan untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan ekzema.
Hydrolyzed Soy Protein: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Kacang soya juga berperanan menghapuskan sel kulit mati di samping melembap, meremaja dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit kita. Tumbuhan yang berkhasiat tinggi ini juga berupaya mengurangkan garis-garis halus pada kulit, memudarkan tanda-tanda penuaan, serta melindungi kerosakan kulit berikutan sinar ultraviolet.
Sengkuang (Pachyrhizus Erosus Root): Sengkuang yang kaya dengan serat ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada hidangan di Malaysia, malah mempunyai khasiat untuk menyihatkan kulit. Selain kaya dengan serat, sengkuang turut mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada kulit.
Rosa Rubiginosa Seed Oil: Bunga yang sering ditemui di Eropah dan Asia Barat ini kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin C, agen antioksida, diuretik, asid sitrik, magnesium, protein, dan sukrosa yang berperanan memelihara kesihatan kulit di samping melindungi kulit daripada jangkitan. Berikutan kandungan vitamin C dan asid Gamma Linolenic yang tinggi, minyak biji Rosa Rubiginosa mampu mencegah penuaan kulit yang berkesan selain berperanan meningkatkan keanjalan dan pertumbuhan sel-sel kulit serta mengurangkan garis-garis halus dan kesan kulit kering. Ramuan ini juga mampu melembapkan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, dermatitis dan kedutan kulit.
Soluble Collagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan hidupan lain. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dam tahap metabolisme tubuh badan.
Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksida yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit tubuh. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit.  Ramuan yang berkhasiat ini juga berfungsi dengan baik untuk merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang kulit.
Cetearyl Alcohol: Turut dipanggil Cetyl Alcohol. bahan pengemulsi ini berupaya menarik dan menolak kandungan air dan kerana itulah ia sering terkandung dalam produk kosmetik. Alkohol Cetearyl membantu menarik lembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada kerengsaan.
Ceteareth-20: Ceteareth adalah hasil campuran cetearyl dan stearyl alkohol yang merupakan asid lemak semulajadi bersumberkan minyak kelapa. Sebatian ini berfungsi sebagai pengemulsi yang sering digunakan dalam produk kosmetik serta sebagai bahan penstabil bukan ion.
Niacinamide: Ia merupakan sebatian yang mengandungi fungsi antioksida yang dapat menghalang pengoksidaan protein dan lipid. Turut dipanggil Nicotinamide, ramuan ini juga mampu memerangi radang dan penuaan kulit.
Phenoxyethanol: Phenoxyethanol merupakan bahan pengawet dan penstabil yang sering digunakan di dalam produk kosmetik seperti pewangi. Ia dipercayai mampu menentang paraben atau bahan pengawet yang berbahaya selain bakteria, kulapuk dan yis.
Ethyl Paraben: Sebatian ini turut dipanggil Ethyl-4-hydroxybenzoate dan merupakan bahan pengawet yang berfungsi untuk membasmi kulat pada tubuh.Propyl Paraben.
Butyl Paraben: Juga dikenali dengan nama Butyl-4-hydroxybenzoate, ia merupakan sebatian yang berperanan sebagai bahan pengawet yang juga bertindak mencegah serangan mikrobiotik.
Methyl Paraben: Seperti butyl paraben, sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik.
CARA PENGGUNAAN
  1. Oles dan ratakan Day & Night Cream pada seluruh wajah
  2. Boleh dipakai pada waktu siang dan malam
  3. Gunakan selepas menggunakan Toner Madu Propolis
  4. Sesuai untuk semua jenis kulit.

COLLAGEN PERAWAN GOLD D'HERBS

RM26.50
Collagen Perawan Gold 1001 Khasiat dapat mengembalikan keremajaan anda dan memberi keceriaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga anda. Ia juga sesuai untuk yang masih belum berumahtangga. Mereka yang mengalaminya sahaja dapat merasainya dan membuat anda adalah wanita paling sempurna didunia. 
DW58
0.3105kg

KHASIAT COLLAGEN PERAWAN GOLD D'HERBS

  • Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
  • Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
  • Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
  • Menegang & mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses monopous.
  • Memberikan tenaga dalaman wanita.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Mengurangkan senggugut.
  • Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
  • Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.

KANDUNGAN COLLAGEN PERAWAN GOLD D'HERBS

  1. Kacip Fatimah mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual
  2. Manjakani mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin
  3. Pueraria Mirifica memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul.Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara.
  4. Acai Berry merupakan antioksidan yang tinggi.
  5. Kurma mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim
  6. Madu dapat memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan, menjaga dan mengimbangi kekuatan badan serta merangsang tenaga batin.
  7. Roselle melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik yang dilakukan oleh radikal bebas(Roselle kaya dengan anti oksidan)
  8. Delima mampu mengurangkan penyakit jantung dan penumpukan lemak. Selain itu, delima mengandungi antioksidan yang luar biasa tinggi. Kerana itu, ia dimanfaatkan untuk menangkis serangan radikal bebas.
  9. Kolagen menggalakkan kekenyalan dan keanjalan kulit.

No comments:

Post a Comment